Bulan OKTOBER 2011....


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur untuk bertemu di entry Bulan Oktober 2011 ni. Bulan selepas perut beraya sakan dengan rumah terbuka. Hehe.. Natijahnya, macam-macam senaman yang perlu dibuat bagi mengekalkan stamina seperti bulan-bulan sebelumnya. Berat badan, usah cakap, naik ntah berapa kilo ntah.. Hahahaha…  Papepun, yang penting hati ini gumbira dan kesihatan kena terus dijaga. 

Baiklah, bulan Oktober ini dimulakan dengan kursus kelolaan pihak JPA iaitu “Leadership and Development Camp” untuk PTD lantikan  1/2011 di Jabatan Pertahanan Awam Jengka, Pahang. Kursus yang menjadi 1 syarat kepada proses pengesahan jawatan ini telah mengambil masa selama seminggu. Kursus ini menekankan kepada sikap kepimpinan dan semangat bekerja sebagai kumpulan dan secara tak langsung juga mededahkan serba sedikit tugas sebagai seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam. Memang seronok dan banyak ilmu berkaitan kehidupan diperolehi. Ilmu berkaitan ikatan, ilmu berkaitan pertolongan kecemasan serta ilmu berkaitan bacaan kompas banyak dipraktik semasa kursus dijalankan. Secara keseluruhan, minggu pertama bulan Oktober 2011 diisi dengan pengisian yang melibatkan aktiviti fizikal dan juga melibatkan aktiviti menduga mental dan sememangnya menarik. 

Minggu ke dua bulan Oktober turut dipenuhi dengan aktiviti yang melibatkan tugas hakiki. Cuma kali ini, kursus yang dihadiri adalah melibatkan sebilangan kecil wakil PTD muda. Program yang di sertai ini merupakan program Forum PTD Muda yang bertemakan “Cetusan Rasa PTD Muda”. Banyak isu-isu perkaitan PTD  muda di bincangkan. Apa yang pasti, kerjaya sebagai seorang PTD kini kian mencabar. Cabaran dari segala aspek yang datang dari dalam dan luar organisasi kerajaan sememangnya perlu ditangani dengan sikap yang terbaik. Apapun segalanya bermula dengan ilmu dan caranya adalah banyakkanlah membaca. Ilmu lah yang akan membezakan individu itu berbanding individu yang lain. Membaca dan teruslah membaca. Hehe..

Minggu ke tiga Oktober menjelma dan sekali lagi ada kursus yang perlu dihadiri. Kali ini kursus yang melibatkan aktiviti pegawai dan kakitangan Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kursus Integriti dan Hari Keluarga Pejabat. Memang happening habis. Pengisian dipenuhi dengan aktiviti seminar integriti dan aktiviti yang membina keakraban hubungan antara semua pegawai dan kakitangan pejabat. Semoga kursus sebegini dapat dibuat setiap tahun memandangkan hubungan integriti dan hubungan antara insan terutamanya dalam hal melibatkan sumber manusia penting dalam mewujudkan kekuatan oganisasi dalam mengharungi cabaran dunia hari ini. Masalah berkaitan ketidakpuasan bekerja dapat dibendung dan tahap kecekapan dan berdaya saing dapat dipupuk dan diterap dari peringkat bawah ke peringkat atasan. 

Minggu terakhir bulan Oktober 2011 ini dipenuhi dengan aktiviti pendakian Gunung. Dua gunung berjaya didaki untuk bulan Oktober ini iaitu Gunung Datuk dan Gunung Bubu yang terletak di Negeri Perak. Yang nak cite ni adalah mengenai Gunung Bubu. Gunung Bubu ini merupakan Gunung yang ke -9 yang berjaya di tawan. Gunung Bubu ini merupakan Gunung yang banyak al-kisahnya. Kalu di ikut sejarah nama, gunung ini diberi nama Gunung Bubu kerana suatu ketika dulu, Gunung ini seringkali menyebabkan pendakinya sesat dan xjumpa jalan keluar seperti ikan masuk dalam bubu. Apapun, mana-mana gunung memang ada alkisahnya. Semuanya atas nawaitu kita, adakah kita nak mendaki ini untuk berfoya-foya ataupun sebaliknya. Niat yang baik sememangnya akan dibalas dengan kebaikan dan begitu juga dengan kehidupan kita. Pasangla niat yang baik sebaik sahaja bangun pagi dan mulakan hari dengan senyuman supaya hari itu dipenuhi dengan limpahan rezki dan barakah dari YANG ESA. AMIN… 


Kesibukkan dengan tugas harian sememangnya begitu memenatkan. Hari-hari dilalui dengan bebanan tugas dan tekanan sehingga lupa badan ni tiada rehat. Kerja sememangnya tanggungjawab yang semua orang perlu laksanakan dan untuk diri sendiri pun kena ada tanggungjawabnya sendiri. Bercuti ataupun melancong cara yang terbaik tuk melepaskan lelah setiap hari bekerja. Ada yang pergi memancing dan xkurang juga yang pergi mandi manda di air terjun untuk memberi ketenangan serta kepuasan diri. Apapun semuanya terpulang pada bajet. Merancang belanjawan yang betul bukan saja jadikan perjalanan berbaloi tapi trip percutian lebih menarik. 



Sememangnya pengisian bulan Oktober 2011 ini telah membuka minda banyak perkara terutamanya pentingnya tanggungjawab untuk reward diri sendiri supaya hari-hari mendatang dipenuhi dengan keceriaan hidup yang nyata. At last but not least, buatlah apa yang kita semua suka selagi tidak mendatangkan durjana kepada diri dan juga agama kita. Jumpa lagi di entry mendatang.

Belajarlah dari pengalaman dan sesungguhnya pengalaman adalah lebih mahal dari wang – piJoL


Comments

Popular Posts