Monday, September 14, 2020

Kejadian 2020


 Banyak peristiwa yang berlaku tahun 2020 ni. InshaALLAH akan kembali aktif menulis lepas ini sebagai catatan memori untuk rujukan masa akan datang ala - ala diari gitu.

Semoga semua kekal sihat dan bahagia hendakNYA.


"People don't take trips, Trips take people" - piJoL

Monday, January 13, 2020

Bercuti di Kuala Lumpur 1.0 20202



Jarak rumah ke Kuala Lumpur sejauh 50km.  Banyak je lokasi menarik kat sini yang percuma dan murah. We were playing tourist in Kuala Lumpur hujung minggu ini. Banyak je tempat yang tidak perlu keluarkan duit yang banyak untuk pergi bercuti di Kuala Lumpur ni. Short gateway ni, kami ke:
1- Uptown Cheras;

2- Masjid Negara;
3- Taman Tasik Titiwangsa;
4- Dataran Merdeka; &
5- Perpustakaan Kuala Lumpur.

Menarik dan sangat berbaloi - baloi. 


Sopan je si kecil ni.

Gambar di ambil selepas solat. Cantik Masjid Negara kita ni.

Kami makan - makan di Uptown Cheras, Kuala Lumpur. Banyak pilihan makanan kat sini.

Habis makan, apa lagi, jum jalan - jalan. Last - last kedai jual haiwan juga yang jadi tarikan

Penat jalan, kami balik tidur. Dengan harga RM19.00 sahaja, kami dapat hotel OYO ni. Berbaloi kan?

Ok, pagi kami bangun awal dan terus ke Taman Tasik Titiwangsa ni. Memang dah berubah 360 landskap taman. Cantik dan tertarik ko memang debooomm.

Wow, besar juga playground kat sini

Mak ayah tunggu anak di bawah ya 


Aktiviti disukai ramai kanak - kanak. Apa lagi kalau bukan, mandi! 

Mandi sakan. Free je sini

 Lepas aktiviti mandi, kami ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Ada perpustakaan untuk kanak - kanak

Reading is to the mind what exercise is to the body

 Cantik pemandangan dari Perpustakaan Kuala Lumpur ni

 Perkhidmatan RM1.00 untuk melayari internet. Nampak kurang orang sebab sekarang internet di hujung jari.

 Ok, story telling time! 

 Cantik dan kemas.

 Sebelum balik, kita bergambar sebagai kenangan bersama.

Papepun, yang paling penting adalah kami luangkan masa bersama sebab family is not an important thing. It’s everything.
Ha' next nak g mana plak? Tunggu.

"Other things may change us, but we start and end with the family" - piJoL

Tuesday, December 31, 2019

Monday, January 1, 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018!


Selamat tahun baru semua! 

Tahun baru, semangat baru.
Nikmatilah kehidupan sebaik - baiknya.
Moga bermakna setiap lembaran masa kehidupan kita dan tercapai apa yang dihajati.

"Jangan kesali masa lalu, jangan terlalu risaukan masa depan - piJoL"


Wednesday, December 6, 2017

MEMORI GUNUNG!

Assalamualaikum..

Ini memang dasat.

Habuk dan bersawang habis.
Tapi xpe, kasi bersih skit untuk entry baru ni.

Untuk perkongsian untuk memori akan datang, 
list puncak yang telah berjaya di daki sehingga tahun 2017!


1- Gunung Korbu
2- Gunung Gayong
3- Gunung Bubu
4- Gunung Tahan
5- Gunung Irau
6- Gunung Chamah
7- Gunung Ulu Sepat
8- Gunung Yong Yap
9- Gunung Yong Belar
10- Gunung Angsi
11- Gunung Nuang
12- Gunung Rajah
13- Gunung Datuk
14- Gunung Chabang
15- Gunung Pine Tree
16- Gunung Kinabalu
17- Gunung Twinpeak
18- Bukit Broga
19- Bukit Kutu
20- Bukit Saga
21- Bukit Tabur
22- Gunung Berinchang
23- Gunung Liang Timur
24- Gunung Liang Barat
25- Gunung Jua
26- Gunung Berembun

"Hidup umpama minum KOPI. Rasanya pahit tapi itu yang membuat mata terbuka" - piJoL

Wednesday, May 31, 2017

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM 2017!


Assalamualaikum.
  
Lama sudah tidak bersua di blog ini. Catatan demi catatan telah lama menyepi dek kerana kesibukan dunia. Tapi, di dalam kesempitan pasti ada kesempatan. Saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan semoga kita semua diberkati Allah sentiasa.

Ramadhan Kareem! 

 

Thursday, December 29, 2016

GOOD BYE 2016!


Pejam celik, pejam celik 2016 dah nak melabuhkan tirainya. Bersawang dan berdebu teruk blog ni. Blog yang akan dijadikan nukilan hidup seorang insan bernama Hafizul untuk titipan pada waktu tua kelak. Alasan sibuk la, busy la yang biasa didengari oleh si hati ini untuk tidak berkesempatan untuk mencoret panjang lebar untuk tahun 2016



Azam oooooo azam... Mana ko pergi hah? hahaha... Nanti nak review balik la azam 2016 ni... Rasanya banyak hanyut ke laut dari sampai di pelabuhan yang sebenar.. 

Again, jum berAZAM lagi untuk tahun 2017..

Papepun, banyak kenangan indah berbanding muram pada tahun 2016 ni. Ada kesempatan, akan share jugakla skit dalam blog bersawang ni..

Papepun, 
Terima kasih 2016 dan Selamat datang 2017
Semoga kehidupan lebih baik daripada tahun - tahun sebelumnya dan Allah sentiasa merahmati serta memberkati kita semua hingga ke destinasi yang tiada penghujung waktunya... Aminnn...

"Kebocoran kecil mampu menenggelamkan kapal yang besar" - piJoL