JALAN-JALAN: BALIK KAMPUNG, VISIT KUALA TERENGGANU..

Bismillah.. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

iNi adalah my first entry for 2014.
Year 2014 adalah year of Visit Malaysia, so nak share cite pasai Kuala Terengganu, Terengganu.  



By the way, nak said thanks tuk blog hipmomreport.com kerana beri peluang pada blog ni untuk entry mengenai visit Pulau Langkawi bersama family menang consolidation prize. Alhamdulillah.. Terkejut + hepi sebab xcaya leh menang. Dimaklumkan pertandingan blog berkaitan Tahun Melawat Malaysia 2014 ini mendapat sambutan 55 entries dari 40 bloggers dari Malaysia, Jepun and Singapore. Again, this kind of appreciation make me become more determination to continue blogging. Rezeki.. Rezeki.. Alhamdulillah..

Di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu - replika Batu Bersurat

Pada Cuti Chinese New Year lepas, baru ada kesempatan tuk balik Kg wife di Kuala Terengganu dan aku nye village kat Jeli, Kelantan. Bertolak sebaik je abis kerja jam 6.00ptg dari Putrajaya sebab nak lari dari jem punya pasai. Lepas pemanduan berhemah selama 8jam, Alhamdulillah kami tiba jua di Kg. Chabang Tiga , Kuala Terengganu ni. Okla, entry kali ni bukan la nak citer details about our activities but nak share citer antara yang menarik di Terengganu especially di Kuala Terengganu.

1- Pasar Payang, Kuala Terengganu


KaLu korang datang Kuala Terengganu, pasar ini adalah tempat yang wajib korang lawati. Apa yang menarik di Pasar Payang ni, semua barangan tradisional beridentitikan Terengganu seperti keropok, baju batik dan makanan tradisional mudah diperolehi di sini. Cara perniagaan pun masih tradisional iaitu peniaga duduk di atas tempat duduk tinggi (ala-ala stage) dan dikelilingi dengan barangan jualan dan masih ramai lagi peniaga bumiputera yang menjalankan perniagaan disini. Kalu nak bercerita tentang harga - sememangnya murah bagi pengunjung memandangkan kalu barangan yang sama macam baju batik dijual di area Kuala Lumpur xsama dengan harga di sini. Memang murah berbanding di KL sana. Apa yang pasti, korang kena datang sendiri sini baru tahu berbaloi-baloi atau x membeli belah disini. Tips membeli belah di sini, belilah barangan dengan peniaga yang gerainya kecik sebab bukan hanya kerana harga yang ditawarkan lebih murah tapi secara tidak langsung kita membantu meningkatkan ekonomi mereka yang kebanyakkan mereka lebih memerlukan hasil pendapatan perniagaan untuk menyara keluarga mereka yang masih daif. Rata-rata mereka datang dari jauh dengan hasil tangan mereka sendiri seperti buah-buahan untuk berniaga dan 10sen yang kita bayar kepada mereka adalah lebih besar nilainya berbanding kita beli dengan tokey kedai yang sedia ada kaya. 

Peniaga yang baru nak bungkus keropok keping

Peniaga di atas, customer di bawah

2- Pantai Batu Burok

Pantai ni memang famous Kuala Terengganu. Apa yang menariknya pantai ni adalah tiupan angin Laut China Selatannya yang menyegarkan dan suasananya aman. Tapi, sayangnya di pantai ni, tidak boleh untuk aktiviti mandi-manda. Sekadar untuk beristirehat dan berkelah. Struktur pantainya yang berbahaya memang x sesuai untuk mandi manda dan kanak-kanak boleh bermain layang-layang disini. Pada yang berminat untuk naik kuda tu, ada perkhidmatan menunggang kuda disediakan disini tapi dengan bayaran. No money no talk.. haha. Kunjungan ke Kuala Terengganu ni memang xlengkap kalau x singgah di Pantai batu Burok ni. 

Aktiviti bermain layang-layang

Santai dan berkelah

Humaira excited pijak pasir pantai

3- Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Masjid ini terletak berdekatan dengan Taman Tamadun Islam. Selain dijadikan tempat persinggahan untuk muslim/muslimat untuk menunaikan solat, masjid ini menarik perhatian ramai pengunjung disebabkan struktur pembinaannya yang unik dan cantik. Terletak di tebing Sungai Terengganu, dibina dengan kaca dan keluli. Tips melawat Masjid Kristal ni, datang waktu sunset sebab boleh nikmati panorama matahari terbenam dan waktu malamnya pula, kelihatan lampu masjid yang terpancar indah. Taman tepi area Masjid Kristal ni pun cantik dan sesuai untuk pengunjung untuk buat aktiviti riadah jogging. 

View Masjid Kristal pada waktu malam

4- Makanan Tradisional Terengganu.

Kalu disebut Terengganu, makanan pertama yang terlintas dalam pemikiran kita mesti keropok lekor atau pun nasi dagang. Yang penting memang sedap keropok lekor dan nasi dagang ni. Selain 2 makanan ni, ada lagi makanan tradisonal Terengganu ni. Antaranya adalah laksam terengganu (yg ni memang favourite aku). Rasanya lebih kurang sama laksam kelantan. Bezanya. ntahla, aku rasa sama je.. ahaha.. 1 lagi yang korang leh cuba adalah ketupat sotong atau sotong sumbat. Kelantan pun ada sotong sumbat ni tapi yang Terengganu ni memang lain sebab ada kuah warna putih.. hihi.. Best atau x, kena la cuba sendiri. 



Nasi Dagang

Keropok Lekor

Laksam Terengganu-Kelantan

 Ketupat Sotong @ Sotong sumbat

Kalu nak bercerita lebih pasai Terengganu ni, memang banyak yang lagi yang boleh di story kan. Ini hanya sebahagian yang ada d Kuala Terengganu. Satu lagi, bulan April dan Jun setiap tahun adalah aktiviti menarik untuk mencandat sotong. Pada yang di luar sana nak wat aktiviti mencadat sotong, tapi xtahu nak contact sapa, leh la contact aku @ comment ruangan entry ni untuk watkan event mencandat sotong tuk korang. Tapi minimum dalam 10 orang tuk penempahan bot.

Itu je entry kali ni. nanti share apa yang menarik di Kelantan lak. Let's VISIT MALAYSIA 2014! =)




"Mengembara tanpa pemerhatian umpama telefon tanpa bateri" -piJoL  

Comments

Popular Posts