GRADUASI G7

Assalamualaikum.

Dah lama sangat rasanya aku tak menulis. Busy dengan banyak perkara. Tapi hari ni terdetik nak menulis. Tatkala aku duk wat keja ari ni, teringat aku trip hiking. Aku dah grad G7 dan bonus Gunung Kinabalu! Alhamdulillah. hihi 

Apa ye dapat melalui hobi hiking ni? Aku pun terpikir-pikir kenapa la aku join hiking ni and ini anatara yang ada dalam kepala aku skrang.

1- Meningkatkan stamina (ayat skema). hihi sebenarnya mmg tuk fitness sebab aku rasa bile after hiking ni, boleh la main bola @ badminton dengan lebih lama skit (motif? . haha - utk kesihatan diri la kesimpulannya)

2- Make friends. Ini salah satu medium sosial untuk aku jumpa dan kenal ramai orang. Yang paling best, aku jumpa TERCINTA aku masa hiking ni la dan Alhamdulillah, sekarang dah jadi wife aku ni. hhihi. Through aktiviti hiking ni, banyak ragam orang yang aku jumpa. lawak pun ada, selfish pun ada. Itula jadi refleksologi hidup aku ni. 

3- Mengingati Allah. Ini sememangnya aku admit sebab bile hiking jer, aku akan rasa dekat je ngan alam dan penciptaNYA. Melihat keindahan alam dan dalam hutan ni, duit dan segala kemewahan dunia diletakan di tepi. Bila rasa piawai a.k.a penat melampau, terasa ingat je pada Allah. SubhanaAllah, fitrah manusia - bile tgk kecantikan alam, terus ingat ALLAH dan bile sakit pun akan ingat ALLAH. 

4- Ketenangan jiwa. Ketenangan daripada kesibukan kerja sememangnya nikmat yang x terperi. Dengan kesejukan air terjun dan kemerduan muzik hutan sememangnya masih terngiang-ngiang kat telinga aku. Biarpun azab bile trip hiking ni, tapi nikmatnya terasa tatkala samapai di puncak Gunung. Bagi aku, semua boleh beli tapi tang ketenangan jiwa ni memang ssh nak dapat. Allahamdulillah.

5- Know your limit. Aku ni spesies yang suka kan cabaran dan aku nak jugak tahu setakat mana keupayaan diri. Ramai je terlibat dalam aktiviti hiking ni dan bagi aku hiking ni bukan sahaja aktiviti libatkan fizikal semata-mata tapi MENTAL jua. Sebab ramai je badan tough umpama abam Badang tapi bile hiking ni, piawai gak disebabkan mental x kuat dan ramai yang badan kecil je tapi leh naik sampai ke Puncak tanpa nak merungut tentang penangan pendakian. 

Memang puas hiking ni. Tolak segala yang negatif, amik yang positif tuk dijadikan pedoman kehidupan. Shall I stop hiking after complete G7? my answer is NEVER!.. hihi


Mount Korbu ( 7162ft ) - 4 February 2011

Mount Gayong ( 7129ft ) - 5 February 2011

 Mount Yong Belar ( 7156ft) - 25 December 2011

Mount Tahan ( 7186ft ) - 11 Mac 2012

Mount Yong Yap ( 7110ft ) - 15 September 2013

Mount Chamah ( 7121ft ) - 31 Ogos 2014

Mount Ulu Sepat ( 7089ft ) - 1 September 2014 (with my brother)

Bonus

Mount Kinabalu ( 13,435ft ) - 9 Ogos 2014 (with my wife)

List Mountains - 
G7 (7 Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia yang mempunyai ketinggian 7000 kaki dan ke atas) 

1- Gunung Tahan 
2- Gunung Korbu
3- Gunung Yong Belar
4- Gunung Gayong
5- Gunung Chamah
6- Gunung Yong Yap
7- Gunung Ulu Sepat

"Minuman terbaik di puncak adalah kopi-O panas" - piJoL

Comments

Popular Posts