PUNCAK GUNUNG CHABANG

Assalamualaikum...


Entry bab Gunung lagi. 
Thanks to my wife sebab bagi GREEN lite tuk g hiking lagi walaupun seminggu sebelum trip ni dah g hiking.. 


Bergambar sebelum mendaki

the team

Ok, koleksi puncak yg ke 25 ini letaknya di area Post Slim, Simpang Pulai, Perak iaitu Gunung Chabang dgn ketinggian setinggi 1711 meter atau kalu diukur ikut kaki adalah setinggi 5614ft.... Ekspedisi kali ini di anggotai seramai 12 org yg terdiri juga 2 org wanita yang gagah perkasa Kak Yusnita Moslin​ dan Yana.. 


Pacak yang x de penghujungnya


Last water point

Nak cite la skit pasai trip ni, 

Trip ni amik masa 2 hari 1 mlm (27 - 28 Feb 2016). Kami bertolak lebih awai kerana di awal trip, kami dimaklumkan ada 5 lagi team yg akan hiking ke puncak yg sama. Dek takut berebut nk cari port tdo mlm nnti, semuanya ikut disiplin gogo tuk smpai on time.. Cumanya start hiking still gak lambat. Haha.. jam 8.50 pgi, baru kaki kami start bergerak..

Pemandangan terindah

Yg menarik lagi, masing2 set mind, trip ni santai.  Tapi apa yg berlaku, sebaliknya. aku leh gelarkan trip ni, trip Pangok + Pacak. Keja dr awai Pangok je selama 6 jam. Mmg xde diskaun  langsung.. ni sinopsis duration masa dari Water Point (WP) 1 hingga la ke Kem Botak (port tdo kami)..


Gate - WP1: 7 minit
WP1 - WP2: 1jam 1/2 
WP2 - Last WP: 3 1/2 Jam
Last WP - Kem Botak: 1Jam
Kem Botak - Peak: 1/2 jam


Juadah dinner - Nasi Beriani

Sun rise

Kami dan beirut

4 sekawan


Kesimpulannya, trip ni pangokkk aje kejaannya.. first time aku rasa trek mcm ni.. adeii, sapa xready mental, mmg patah balik la jawabnye.. 


aktiviti waJib selepas hiking


Secara keseluruhannya, leh bagi 7/10 tahap kesukaran gunung ni. Peginya mencanak dan baliknya mencungap..Tangkap lutut. huhu.. Member satu group Azizul Fitri​, Encik Akiyama Ren​ dan semuanya friendly.. Gogo, Husaini Omar​ dan sweeper abg sado Mior Luqman​ juga terbaik sebab senyum sokmo. Makan mlm nasi tomato, breakfast dgn nasi lemak dan minum pagi mee goreng cap me rebus johor hasil tangan gogo mmg superb sedap. Pujian leh bagi pada gogo lagi sebab jaga kebajikan semua.. dari bab makan hingga la bab kemas mengemas. Konklusinya, trip ni mmg memuaskan hati especially bagi aku yg dah lama beraktiviti hiking ni.. 

Clear sky

View,subhanaAllah... 
mmg super duper awesome! clear sky siap... 

Alhamdulillah, member yg numpang keta Mohammad Firdhaus​ behave je sepanjang journey. tq jugak pada Mohamad Zulfadly Abdul Razak​ yg alert tuk jaga kelakuan abam Firdaus ni. Terbaik! lawak 2 ketui telo bersama brother Shahrul Amin Ismail​ dlm trip ni akan d kenang sepnjgn idup aku.. Last trip ni, kami layan air terjun sejuk menyejuk dan g makan mEE Ami di ceruk dalam Kg. Itek, Gopeng... haha


Mee Kari Ami


Akhir kalam, hopefully jumpa lg di trip mendtg dlm misi mengumpul puncak baharu in the future. BILE tu? jeng..jeng..jeng.. tunggu dan tunggu ajer la... 

Nak tgk gambar koleksi??
Apa lagi, jum klik: PUNCAK GUNUNG CHABANG

"Heaven is under our feet as well as over our heads" - piJoL


Comments

Popular Posts