PAYA INDAH WETLAND, DENGKIL - SELANGOR

Assalamualaikummmmm...



Kali ini aku nk kongsikan dua (2) tempat yang pasti meng“excited”kan anak dan mungkin anda sendiri ketika berada di sana. Berita baiknya ialah, tempat ini adalah PERCUMA dan murah. Siapa tidak suka benda yang PERCUMA terutamanya rakyat Malaysia ni. Alhamdulillah, sememangnya aku bersyukur dilahirkan di Malaysia yang tercinta ini.

1) PAYA INDAH WETLAND, DENGKIL - SELANGOR


Signboard entrance yang menyambut pengunjung

Paya Indah Wetland, Dengkil yang terletak di negeri Selangor ini merupakan kawasan ekopelancongan. Terletak berhampiran dengan lebuh raya Elite dan 9km dari pekan Dengkil turut menyediakan tempat penginapan berbentuk chalet dan asrama. Pasai pe aku suka tempat ni sebab dekat ngan rumah dan ada dua (2) species animals yang rare dan susah nak tgk di tempat terbuka iaitu hippotamus (badak air) dan crocodile (buaya). Binatang lain pun ada seperti tortoise (kura-kura), porcupine (landak), birds (burung) dan fish (ikan).



Nak pilih left or right ni?

Aktiviti yang superb melibatkan semua species animals ni adalah aktiviti bagi makan. Masa lawatan adalah tujuh (7) hari seminggu yang dibuka jam 7.30 pagi - 7.00 petang dan Jumaat tutup jam 12.15 tengah hari - 2.45 petang. Yang pasti, nak masuk sini kena la pergi register dahulu.


Menara tinjau tuk tgk sunrise @ sunset

Kolam bagi ikan makan. Makanan boleh dibeli di kaunter registration 

Tagline Paya Indah Wetland ialah SATU PERJALANAN ALAM memang tepat dengan apa yang disediakan. Sangat sesuai tuk aktiviti berkeluarga. 

Waktu makan
Setiap hari Sabtu/Ahad/Public Holiday
9.30-10.00 pagi  - Hippo
11.00-11.30 pagi - Buaya
11.30-12.00 tengah hari - Landak & Tortoise

Kedai makan pun ada di Taman Wetland tu. Senang tuk beli makan minum jika rasa lapar. Kat dalam Wetland ni, hippo ada dua (2) ekor dan buaya katanya ada lebih kurang 50 ekor. Paling best nye dapat tgk live buaya makan. Aksi buaya mmg memukau dan kalau tgk kan cara buaya makan tu memang seram sejuk kalu memikirkan kita berada di tempat buaya penuh. huuuuuu...


on the way ke lokasi exhibit hippo

Humaira cuak tgk hippo ni makan. Masa ni ada dua (2) ekor yang keluar


Buaya steady menunggu makanan dari penjaga mereka


Jaring dipasang untuk tujuan keselamatan


Hidangan untuk landak


  Interaktif bersama tortoise


cubaan Humaira untuk pegang tortoise

Selain duduk kat chalet, day trip, kita boleh berkhemah, berkayak, memancing, buat aktiviti jungle trekking dan lain-lain lagi kat sini. Kalau nak riadah santai boleh sewa basikal kat sini jugak. 1 basikal RM5.00 sejam. Basikal ada daripada jenis budak-budak hingga ke jenis keluarga. Nak g jogging pun ada lokasi nya. Cuma kalau yang berhajat nak tgk sun rise dan sun set kenala bermalam kat sini. 


Sewa chalet yang murah. RM120 semalam

Lupa lak nk update mengenai aktiviti memancing. Sini memang ada sediakan tempat tuk yg suka memancing gak. Kalau korang cari port tuk rehat, santai-santai dan tempat tenangkan fikiran di lokasi yang dekat dan murah boleh mempertimbangkan lokasi ni. Tempat ni x meriah sangat sebab x ramai pengunjung sebab kurang promosi. Papepun, tempat ni sangat-sangat sesuai untuk a short vacation bersama family. More info mengenai Paya Indah Wetland leh klik link ni. Paya Indah Wetland, Dengkil - Selangor

B E R S A M B U N G . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


"A day is not a day without ALLAH" - piJoL









Comments

Popular Posts