Bercuti di Kuala Lumpur 1.0 2020



Jarak rumah ke Kuala Lumpur sejauh 50km.  Banyak je lokasi menarik kat sini yang percuma dan murah. We were playing tourist in Kuala Lumpur hujung minggu ini. Banyak je tempat yang tidak perlu keluarkan duit yang banyak untuk pergi bercuti di Kuala Lumpur ni. Short gateway ni, kami ke:
1- Uptown Cheras;
2- Masjid Negara;
3- Taman Tasik Titiwangsa;
4- Dataran Merdeka; &
5- Perpustakaan Kuala Lumpur.

Menarik dan sangat berbaloi - baloi. 


Sopan je si kecil ni.

Gambar di ambil selepas solat. Cantik Masjid Negara kita ni.

Kami makan - makan di Uptown Cheras, Kuala Lumpur. Banyak pilihan makanan kat sini.

Habis makan, apa lagi, jum jalan - jalan. Last - last kedai jual haiwan juga yang jadi tarikan

Penat jalan, kami balik tidur. Dengan harga RM19.00 sahaja, kami dapat hotel OYO ni. Berbaloi kan?

Ok, pagi kami bangun awal dan terus ke Taman Tasik Titiwangsa ni. Memang dah berubah 360 landskap taman. Cantik dan tertarik ko memang debooomm.

Wow, besar juga playground kat sini

Mak ayah tunggu anak di bawah ya 


Aktiviti disukai ramai kanak - kanak. Apa lagi kalau bukan, mandi! 

Mandi sakan. Free je sini

 Lepas aktiviti mandi, kami ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Ada perpustakaan untuk kanak - kanak

Reading is to the mind what exercise is to the body

 Cantik pemandangan dari Perpustakaan Kuala Lumpur ni

 Perkhidmatan RM1.00 untuk melayari internet. Nampak kurang orang sebab sekarang internet di hujung jari.

 Ok, story telling time! 

 Cantik dan kemas.

 Sebelum balik, kita bergambar sebagai kenangan bersama.

Papepun, yang paling penting adalah kami luangkan masa bersama sebab family is not an important thing. It’s everything.
Ha' next nak g mana plak? Tunggu.

"Other things may change us, but we start and end with the family" - piJoL

Comments

Popular Posts