B. U. L. A. N. M . E . i. 2. 0. 1. 1.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera......

Akhirnya, kali ni post mengikut schedule yang ditetapkan.. 
di Post entry nya pada penghuJung bulan Mei 2011... Sekalung penghargaan pada pIJoL di atas effort anda... Cuma di ulangi sekali lagi, jgn hangat2 tahik cicak udah la.... hehe..

PeJam celik..Pejam celik...Bulan terakhir di semester kedua tahun 2011 dah hampir dijejak. Kalu di renung, wishes list 2011 banyak lagi belum tercapai. Persoalannya, mampukah insan bernama pIJoL ni penuhi kesemuanya? Tepuk dada, tanya diri sendiri.. huhu... Untuk Bulan Mei ini, ada cite gembira, cite sedih dan xlupa juga cite thrill yang di nak share bersama. Bulan Mei ni antara bulan yg best tuk tahun 2011. Ha' tetiba terlintas di fikiran, ingat nak wat anugerah kepada bulan plg best, xtvt plg best and pape la yg berkenaan pada ujung tahun ni.. hehe 

Lama tui melalut di awal entry bulan Mei ni.. haha...Okai, tuk Bulan Mei ni, dimulakan dengan pengalaman membuat trip KELAB IKATAN STAFF (KIS) PeJabat PeLajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP) ke Pusat Konservasi Gajah di Lanchang, Pahang. Terima kasih diucapkan kepada Kak Jah, En. Aris dan semua yang banyak membantu dan meng"organize " trip ni. Bravo..bravo.... Atleast, boleh la me"release"kan tension kerja di pejabat dan berhujung minggu bersama keluarga.. hehe (pada yang berkeluarga). Di sini, sehari suntuk bersama Gajah. Sempatla bergambar sakan, bagi makan, menunggang dan mandi bersama Gajah. Satu kepuasan bile melihatkan ke "HepI" an semua yang hadir. Ada masa, leh la diadakan Family Day nanti. Boleh la semua yang xdapat hadir tuk trip kali ni, join sekali.. Papepun, 1 day yang sekali lagi dipenuhi dengan xtvt yang AWESOME!... i like...

Bulan Mei ni, banyak la jugak football's friendly matches. Macam biasala, ada jugak yang menang dan ada jugak yang kalah. Tapi rasanye, menang lebih banyak dari kalah kut.. hihi.. Yang xbestnye, kaki ni banyak kali di tackle. Yang paling teruk rasanya, kena rempuhan kasar dari sorang defender team lawan yang menyebabkan telinga ni rasa berdengung sampai sekarang. Nasibla xde injury yang besar... Kalu x, mmg gantung bo0t dan menangis xberlagu dalam bilik sorang-sorang.. hehee... Ha' cite bab boot bola ni, ada la skit kerosakan pada bo0t nye... Therefore, ada la alasan xperform well atas padang...( Ecececece.... padahal mmg x teror main pun, nak salahkan bo0t lak... hihi).. Ha' adala hati nak beLi yang baru, bile tgk status finance yang xkukuh ni, kena la hold dulu..." kumpul duit duit dulu ye kalu nak beli yang baru ya" - pesan org tersayang.. dan of course my answer, "baik, saya menurut perintah".. hehe =)



Hujung Minggu ke dua Mei 2011, telah diadakan futsal Bon85. Wahhhhh, First time for this year, cukup penyertaan tuk dibuat team sebenar Bon85 tanpa melibatkan tenaga import. Dan yg bagusnya, ada 1 penyertaan lebih. Nak kena di sebut setiap orang di blog ni supaya memori ni x ilang. senarai nama yang hadir adalah 1-Pijol 2-Apad 3-Batik 4-Azry Hamid 5-Syazmil 6-Acong 7-Jabar 8-Pokpih 9-Hasip 10-Usop Qodri 11-Pedot. Tahniah semua yang hadir. Semoga di Event Futsal akan datang, lagi ramai penyertaan. Barula, leh wat friendly ngan batch yang lain. Ermmm... Tuk minggu ke-2 ni, diadakan trip ke Chilling Waterfall sekali lagi. Tapi kali ni ngan trip ber3.. Memang best.. naik ke puncak, singgah mandi di setiap hentian waterfall yang best, 

memasak di kala ujan lebat turun dan melihat sendiri fenomena kepala air yang dikatakan boleh menyebabkan kematian. Mmg sgt best dan sekiranya ada ruang dan masa di masa hadapan, leh la datang lepak kat sini lagi.. hehe... 


"Salam, cuti ni g memana x?" Tanya Fazi... Ermmmm... cuti pe ye... bile di belek planner ni, rupanya cuti sempena WESAK day.. Ha' pe lagi.. jum ke BroGa hill.. G Broga hill ni pun best.. Ye  la semuanya best bile ada adik and org tersayang ikut sekali.. hihi... Naik Jam 740am and sempatla tg sunrise nye.. sampaI ke puncak lak dah macam ada kat pasar malam.. RAMAINYE orang... 
Yang xbestnye, 

BANYAKNYE sampah.. huhuhu.. sedih bile mengenangkan sikap rakyat kita ni. pegi tempat peranginan tapi sampah dibuang merata.. agaknya, bile dah setahun lebih, maybe BroGa hill kan jadi sampah hill.. 

huuhu... Ha' bile sampai, sempatla jugak masak breakfast kat area hutan sekunder lepas puncak skit.. Borak-borak dan turun dlm jam 1030am.. Pastu balik rushing coz kejar masa nak g tgk wayang lak...owh.... lama gile xg tgk wayang.. "Too Fast, Too Furious 5" mmg terbaik. Berbaloi tgk cite ni. penuh ngan action dan siap ada kejutan tuk sequel kan datang..xsabar tuk tgk sequel movie ni kan datang.. hihihi.. 


Hujung Minggu ke tiga Mei 2011, trip ke Taman Wetland, Dengkil. Bile dengar cite kawan, tempat ni xbest. Tapi when pegi sendiri, the only word yang keluar from my mouth is WOOOOOWWW!!!!... mmg best tempat ni.. Jauh panggang dari api dengan apa yang my fren selalu war-warkan.. Sememangnya tempat ni sesuai tu sesapa yang nak tenangkan fikiran. Dah la dekat ngan Putrajaya, facilities lak mmg terbaik. Siap ada tasik tuk buaya dan hippo.. huhu.. Cuma xsempat nak g time feeding buaya dan hippo. Ada tempat tuk cycling, rowing and siap ada chalet. Kalu wat family day kat sini pun terbaik. Xsangka... hehehe... bile naik tower dia, leh la tgk view of kawasan sekeliling yang penuh ngan tasik. So Nice! G jejalan and siap beli ais-blended.. Mmg menyenangkan jiwa kat sini.. Disarankan pada rakan yang nak g tempat relaks, tanpa ada gangguan kesibukkan bandar dan dekat ngan Putrajaya ni, "Taman Wetland Dengkil" menjadi pilihan destinasinya. 


Hujung Minggu ke empat Mei 2011, journey to the north of
Malaysia iaitu PERLIS. Journey bersama rakan sekolah (Bon85) bertujuan tuk menghadiri majlis perkahwinan ahli Bon85 iaitu Hasif. Selamat Pengantin Baru diucapkan pada beliau dan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Perjalanan telah mengambil masa lebih kurang 8 jam dan bersama 6 orang rakan lain. Walaupun 1 day trip, tapi feel mmg terbaik. Tengok sawah padi terbentang luas sepanjang-panjang perjalanan di sebelah utara sana. Terpikir sejenak, apa kan terjadi bile semua sawah  xde di masa hadapan. maybe rakyat Malaysia ni kan makan mee segera je rasanya..hhuhuuhu Papepun, sayangi beras kita umpama kata-kata iklan " sebijik beras umpama setitik peluh petani".. Jadinya, jangan la kita suka membazir, habiskan nasi di pinggan.. ( ade kaitan ke? entahle... hihi).. 


Balik-balik dari Perlis, terus ke Putrajaya. 
Nak menonton di skrin besar final champion league MANUTD vs BARCELONA.. Tang cite sedihnya bulan ni, ManUtd kalah 1-3.. Nak kata spoil cite hepi tuk bulan ni pun ada, tapi kena la terima kekalahan.. Barcelona deserve to win.. Game yang ditunjukkan oleh Barcelona mmg ada kelas tersendiri.. Hebat Barcelona taPi wait for next season lak.. ManUtd kan bangkit!!! Glory...glory MANUTD! hehee.. 

Ha' di awal entry tadi, di sebut tentang perkara thrill yang berlaku pada bulan ni. Thrill yang dimaksudkan more to peristiwa malang xberbau. Peristiwa yang dimaksudkan adalah insiden pecah rumah. MY rumah di masukki pencuri.. huhu... yang lucky nye, semua barang berharga empunya diri xhilang sebabnya ikut trip to PERLIS. Habis handphone member dan laptop member ilang. Jiran pun kena sekali. 

 Yang peliknya, lampu dibuka, tapi xde sorang pun sedar bile waktu sebenar pencuri tu masuk rumah walhal ada je rakan yang tdo lambat..Ermmmmm... pengajarannya, kena sentiasa berjaga-jaga dengan kejadian sebegini xberulang kembali. Pintu di lock sebelum tdo dan HP dan wallet semua di simpan di tempat rahsia before tdo.. Semoga si pencuri tersebut sedar apa yang dilakukan oleh nya salah di sisi agama dan di temui hidayah tuk berubah sebelum terlambat. amiN....


Secara Kesimpulannya, bile banyak peristiwa yang berlaku pada Mei 2011 ni, banyak jugak dapat dipelajari terutamanya apabila melibatkan bab kewangan. Sekarang, apa-apa pun melibatkan wang. Setiap pergerakan dan aktiviti memerlukan wang. Dan bile memerlukan wang, pasti ada harganya tersendiri. Dulu dengan 10 sen, bolehlah makan kuih sekeping, tapi sekrang semunya berubah. Bile memikirkan mengenai kewangan, banyak lagi yang perlu difikirkan. Bile nak berkahwin zaman sekrang, hantaran saja dah dekat RM10,000 (ikut pasaran) Bile kurang, mula la nak meminjam dan bile meminjam, sampai ke anak cucu xhabis hutangnya.. parah, mmg parah.. huuhu.... banyak kisah boleh dijadikan iktibar insan bernama Pijol ini dan rakan di luar tentang betapa pentingnya ilmu pengurusan kewangan peribadi. Tidak kisahlah berapa banyak wang yang dapat, tetapi jika tidak reti nak menutup kebocoran (aliran wang keluar) dan tidak MENYIMPAN maka tidak ada gunanya mendapat wang yang banyak. Menyimpan merupakan benteng pertahanan yang paling asas dalam pengurusan kewangan peribadi. Ia merupakan perkara yang paling penting kerana ia dapat menjadi penyelamat apabila berlaku sebarang kecemasan seperti parent sakit, anak sakit, kemalangan, kereta rosak dan bermacam-macam lagi. Jadi, amalkanlah sikap menyimpan. Bukan untuk siapa, untuk diri kita dan keluarga juga! Untuk Entry bulan Jun 2011 nanti, rasanya nak share skit pasai pengurusan kewangan untuk diamalkan bersama. Berjalan -jalan jugak, tapi  kena ada hadnya... Adios!..... =)

" Perkara pertama adalah mendapatkan wang dan perkara kedua adalah menguruskan wang. Kita tidak boleh memiliki yang pertama, sekiranya kita tidak dapat melaksanakan perkara yang kedua " - Hafizul -









Comments

Popular Posts