SEHATI SEJIWA

Assalamualaikum..



Setiap tahun pasti ramai tertunggu – tunggu tema Hari Kebangsaan yang silih berganti. Tema yang dipilih untuk tahun 2015 adalah Sehati Sejiwa. Sekiranya diteliti dan dikaji sebaiknya, tema Hari Kebangsaan setiap tahun tetap membawa satu mesej yang sama iaitu perpaduan, kepentingan hidup aman bermasyarakat pelbagai kaum dan bangsa, budaya hidup hormat - menghormati antara satu sama lain demi menjana kecemerlangan dan kegemilangan Negara. Malaysia merupakan sebuah Negara yang penduduknya berbilang kaum seharusnya mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat kerana tanpa perpaduan, nescaya nikmat kemerdekaan dan kedaulatan Negara yang diperolehi sepanjang lima puluh lapan (58) tahun selama ini akan lebur dan hilang dalam sekelip mata. Tema Sehati Sejiwa yang menjadi mainan di bibir – bibir segenap masyarakat, baik di desa dan di kota pada tahun 2015 ini sememangnya tepat pada masanya tatkala kini Negara acap kali diuji dengan pelbagai dugaan daripada anasir – anasir jahat dari dalam dan luar Negara.

Sehati Sejiwa, sungguh indah tema diberi dan amat berkait dapat dengan soal perpaduan Negara. Rakyat semua tana mengira bangsa dan agama perlu bersatu hati dalam membina kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir – anasir luar yang hanya mahukan perpecahan tercetus di kalangan rakyat berbilang bangsa di Malaysia tercinta ini. Jika dikenangkan kembali sejarah silam, betapa sukarnya Negara kita dijajah oleh penjajah yang tidak mengerti erti kemanusiaan. Hari Kemerdekaan yang disambut saban tahun merupakan satu simbolik perayaan mengenangkan jasa baik pahlawan yang telah terkorban membela Negara sehingga mencapai kebebasan di dalam semangat bersatu hati tidak mengira bangsa dan agama. Persoalannya, bagaimanakah kita pada hari ini dapat mengekalkan dan mengukuhkan perpaduan kaum di Negara ini dengan menerapkan tema Hari Kebangsaan 2015 ini ke dalam pelusuk hati dan jiwa masyarakat.  

Sebagai langkah pertama dalam meupuk semangat Sehati Sejiwa, perpaduan yang perlu ditambah baik haruslah datang daripada pergaulan dalam memupuk persefahaman di antara kaum. Pokok pangkalnya perlu bermula daripada seawall usia kanak – kanak lagi. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai – nilai perpaduan dalam diri anak – anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya,”. Anak – anak perlu didedahkan dengan masyarakat pelbagai kaum dengan menggalakkan mereka bertegur sapa dan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa. Peranan penting yang perlu dimainkan oleh ibu bapa juga adalah dengan membawa anak – anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi contoh dan teladan kepada anak – anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik. Secara asasnya, nilai – nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan dengan generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna sebelum terlewat dimamah usia.


Bahasa jiwa bangsa. Perkara 152 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa Bahasa Malaysia merupakan Bahasa rasmi Negara kita yang digunakan unuk semua urusan seharian. Bukan menjadikan Bahasa Malaysia ini satu – satunya Bahasa yang perlu dikuasai, Bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil juga perlu dipelajari supaya kita selaku rakyat Malaysia dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Bahasa dijadikan identiti Negara yang seharusnya dibanggakan oleh seluruh rakyat di Negara ini. Melalui Bahasa Malaysia ini juga Negara terkenal dengan budinya. Kepelbagaian etnik dan budaya dapat disatukan di bawah panji Malaysia dengan memartabatan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa rasmi Negara. Jika dibandingkan dengan negara – negara maju seperti Jepun, Korea, Perancis dan Rusia, mereka semua menggunakan Bahasa ibunda mereka sendiri untuk memajukan negara mereka sendiri. Jadi mengapa kita tidak menjadikan mereka sebagai negara penanda aras dalam memajukan Negara menuju ke Wawasan 2020. Sehati sejiwa dalam memacu Negara dengan identity kita sendiri supaya kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara – negara yang maju dan mempunyai ketamadunan yang tinggi.


Tatkala negara di Timur Tengah bergolak dengan menongkah hari – hari mendatang disebabkan perpecahan dan persengketaan antara kaum, rakyat di Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan dan kemerdekaan yang dikecapi oleh segenap hati dan jiwa masyarakat. Erti Kemerdekaan bukanlah sekadar laungan perkataan merdeka semata – mata tetapi ianya detik yang sepatutnya dikenang dan mengimbau kembali saat susah senang, pahit maung pejuang negara dalam proses dalam proses mempertahankan tanahair. Sehati sejiwa rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama dalam menyambut kemerdekaan menjadikan kita lebih bersyukur dan menghargai kehidupan yang sedia ada tanpa ada sekatan kuasa penjajah. Masyarakat Malaysia sehati sejiwa dalam mempunyai kehendak, semangat serta pengetahuan yang sama dalam memastikan kemakmuran sosioekonomi bersama – sama Negara Malaysia yang merupakan Negara berpelembagaan yang mengamalkan system demokrasi berparlimen yang mempunyai undang – undang yang telah kita setuju bersama ketika perlembagaan Tanah Melayu hendak dibentuk dahulu perlu dihormati oleh setiap hati dan jiwa rakyat Malaysia bagi menjaga keamanan negara. Pencapain penyatuan kaum dan etnik di Negara kita jelas Berjaya apabila kuasa politik yang telah terjalin dengan jayanya dan perlu dihayati oleh setiap masyarakat Malaysia. Pelbagai provokasi daripada musuh Negara patut ditangkis dan dibendung oleh kita semua. Setiap rakyat sehati sejiwa diberi kebebasan bersuara untuk menjaga kepentingan diri dan keluarga tetapi masih terikat dengan undang –undang dan peraturan yang disusun kemas dan rapi bertujuan untuk menjaga integrase kaum dan hubungan etnik supaya sentiasa terjalin dengan penuh muhibah tanpa sebarang pertumpahan darah berlaku.


Kemerdekaan tanah air menuntut kecekalan semangat dan daya usaha dari pelbagai aspek melibatkan semua etnik bagi meneruskan perjuangan membina Negara bangsa yang maju dan sejahtera. Apa yang pasti, proses mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat majmuk di Negara kita merupakan satu proses yang paling sukar. Sebagai contoh, krisis pencerobohan Lahad Datu yang mengemparkan kedaulatan dan keamanan Negara pada tahun 2013. Secara ringkas, kumpulan pemberontak yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Sulu daripada Filipina yang kononnya dating untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah. Diatas kesepakatan rakyat Malaysia yang diwakilimoleh pihak keselamatan Negara, mereka akhirnya tumpas. Tanpa kecintaan terhadap keamanan yang telah dikecapi oleh Malaysia sejak 58 tahun, Sabah yang merupakan salah satu negeri yang terdapat di Malaysia diperpertahankan sehati sejiwa oleh semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini tidak lain tidak bukan adalah kerana usaha perpaduan oleh semua kaum yang bersatu padu dalam memastikan Malaysia terus aman dan menepis segala ancaman dari dunia luar agar Malaysia Negara bertuah kita ini tidak aan sesekali dijajah semula. Bak kata Tun Dr. Mahathir, “Mereka yang melupakan sejarah, pasti akan mengulanginya,” dan susah terhantuk, barulah terngadah.

Akhir kalam, sememangnya tema SEHATI SEJIWA yang dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan Tahun 2015 ini mampu melahirkan perasan perpaduan pada setiap etnik dan kaum Negara tercinta ini. Kita sangat kaya dengan adat resam, budaya serta kepercayaan yang berbeza. Perbezaan pendapat itu penting tetapi menghormati pendapat orang lain adalah sememangnya adalah lebih penting. Ayuh sama – sama sehati sejiwa kita semua selaku rakyat Malaysia menghayati dan menjiwai semangat Kemerdekaan ke 58 tahun ini.
   
Merdeka..merdeka..merdeka




Comments

Popular Posts