TIPS MENDAKI GUNUNG I

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 



Salah satu group hiking yang aku pernah join.



Dalam kepala aku ni rasa macam nak share benda baik pada semua. Rasanya kali ni nak share tips mendaki gunung. Rindu nye bau hutan, bau tanah, bunyi unggas dan ciuman sayang oleh pakcik pacat. haha

Tips mendaki.


1- Pastikan keperluan peribadi cukup. Antaranya ialah: 


     a) Jenis beg yang hendak digunakan. 55L? 45L? 35L? 20L? mana satu yang jadi pilihan Untuk yang baru mendaki, amik la saiz 35L - 45L sebab nanti terkejut badan bila angkat terus yang berat. 



Kepelbagaian beg boleh disesuaikan dengan jenis trip hiking.



     b) Jenis kasut. Untuk awal ni, boleh je pakai kasut sukan tapi bukan SANDAL sebab SANDAL ni x cover kaki kita. Sebaiknya berdasarkan jenis hutan negara kita, paling di rekomen adalah kasut adidas kampung.. hihi.. grip dan sesuai sangat bile hiking, nak2 plak time nak pijak area batu licin.

"Kasut legend made in MALAYSIA"



     c) Stokin. Stokin ni penting untuk elak daripada kaki kita melecet. Sebab nye roda kita masa hiking ni adalah kaki kita. One more thing yang aku belajar daripada abam Bear Grylls (otai rancangan Man vs Wild) ni, kaki kita kena sentiasa kering supaya tiada jangkitan bakteria yang menyebabkan pergerakan kita semasa mendaki terbantut dan selalunya penyebab utama jangkitan bakteria pada kaki puncanya dalah daripada pemakaian stokin basah. Jadinya, bile dah rehat, better keringkan stokin before start mendaki semula.


    d) Pakaian mendaki. Pemilihan pakaian juga penting dalam bab mendaki ni. seeloknya pakai la pakaian yang berwarna cerah supaya rakan-rakan boleh nampak dari jauh. Then, jenis kain tu pilih la pakaian dryfit sebab jenis kain ni senang kering. Kalu boleh elak daripada pakai Jean sebab 1- Jean berat bile kena hujan dan lambat kering. 2-Mudah mendapat kecederaan di celah kelangkang. 

Pakaian cerah senang untuk diperhatikan di dalam hutan

       e) Pakaian tidur: Pakai yang lengan panjang, jaket kalis air yg ringan seperti WIND BREAKER supaya xkesejukan di malam hari. 


    f) Lampu suluh/ headLamp dgn bateri yang secukupnya. Ini WAJIB. Walaupun kita planning nak balik hari, tapi sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam hutan. Better kita prepare je punca cahaya ini.


    g) Pisau lipat: PENting tuk kepelbagaian kegunaan. Kalu boleh bawa bersama dengan badan kita semasa hiking ni. Sebab pisau ini adalah basic need utk hiking. (Keperluan sgt)


    h) Mancis/ lighter: Ini pun menjadi keperluan utama seperti pisau yang perlu dibawa bersama badan semasa hiking. Seeloknya bawa dalam bekas yang kalis air supaya senang digunakan bile hujan. Api sememangnya membantu memanaskan badan kita semasa di dalam hutan (sekiranya darurat) malam digunakan untuk menakutkan haiwan liar supaya tak dekati kawasan camp site kita.

    i) Plastik sampah hitam: Untuk banyak kegunaan. Boleh dijadikan penebat haba, pelapik utk duduk/ tido dalam hutan, jadi atap tempat teduhan hujan, cover beg dan tempat buang sampah untuk dibawa pulang dari camp site. 



Plastik sampah boleh digunakan sebagai bekas buangan sampah untuk dibawa turun dan juga baju penebat haba.


   j) Bekas air minuman: Bawa bekas air (besi) senang untuk memasak terus dari stove akan kurangkan pembuangan bekas air itu di bukit/ gunung. Air minuman dibawa secukupnya sekurang2nya 1.5L air biasa dan 1.5L air isotonik. 

  k) Stove: Dapur memasak untuk memudahkan proses memasak. Sekarang banyak stove dalam harga yang murah dan senang didapati. Amik yang ringan supaya xla berat beg yang nak dipikul. 



Bekas air seperti mistin dan dapur untuk kegunaan memasak

  l) Wisel: untuk kegunaan semasa kecemasan

m) Tisu: urusan nak membuang (kebersihan diri)


n)  Parang: untuk protection/ alatan utk menggali lubang


0) Ubat-ubatan:  Plaster, knee guard, minyak gamat, minyak angin dan ubat peribadi (panadol/ athma) 


p) Makanan: Ada 2 jenis makanan. Pertama, makanan on track seperti makanan pemberi tenaga seperti kismis, qurma, gula-gula coklat dan pisang. Yang kedua makanan masak iaitu selepas hiking seperti nasi dan lauk-pauk. Kalu pendakian dalam tempoh masa yang singkat (1hari), bawa makanan yang ringan. Beg hiking perlu diisi lebih kurnag 60-65% makanan. Satu lagi tip pasai makanan ni, memandangkan badan kita penat dan memerlukan tenaga untuk recovery balik, seeloknya kita makan makanan yang segar bukannya makanan yang preserve ataupun fast food macam mee segera. Baru energy yg kita dapat tu betul2 yang refresh.



Ration makanan untuk dimasak yang perlu dibawa oleh pendaki

"There is no WIFI in the forest but I will promise u will find a better CONNECTION there" - piJoL




Comments

Popular Posts