TIPS MENDAKI GUNUNG II

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

BERSAMBUNG. . . . . 

Entry lepas banyak share mengenai keperluan peribadi. Kali ni, sambungan tips bagi yang baru nak berjinak-jinak dlm kegiatan rekreasi @ hiking ni.

2. Study tempat yang hendak di daki. Tujuan nya adalah supaya kita tahu tahap keupayaan diri dengan bukit/gunung yang kita hendak daki.  Lagi satu kita tahu mana hala tuju kita. Tidak la tersasar pendakian kita nanti. Homework ni kita leh cari dengan bertanyakan pada pakcik GOOGLE xpun makcik YOUTUBE. TERJAH boleh ke? Jawapannya boleh bila kita ada kemahiran berdepan dengan hutan. Paling kurang pun, at least 4-5 gunung. Itupun kena pergi dengan buddy yang memang expert bab hiking and survival dalam hutan ni. My advice, study dan wat research skit pasai bukit/gunung yang kita nak hike ni. Xrugi papapun. Menguntungkan lagi adala. Tambah ilmu jgn kedekut ilmu. Kalu first timer hiking, aku sarankan try hike Bukit Broga dulu, then pergi Bukit Saga, KL. Know ur limit. Then kalu nak start hiking Gunung untuk first timer, disarankan ke Gunung Datuk, Nogori Sembilan dan try Gunung Nuang, Selangor tuk merasai full package hiking ni sebab Gunung Nuang pakej yang ditawarkan merangkumi serba sedikit pakej Gunung yang terdapat di Malaysia seperti laluan balak, ada rentas anak sungai, ada lalauan memacak, ada landai, ada water point, ada laluan berlumut dan ada beirut (tanda aras) di puncak Gunung. Memang puas bile dah sampai di puncak. 


Study dulu lokasi pendakian - * Boleh guna peranti ViewRanger GPS

3. Pilihan kumpulan mendaki. Mendaki ini diwajibkan naik secara berkumpulan. Seeloknya tiga (3) orang satu group. Bukan nak kata hiking solo ni x boleh, tapi untuk keselamatan, seeloknya naik secara berkumpulan. Mana nak cari ahli kumpulan ni? Ha' jawapannya adalah melalui media sosial. Sekarang semuanya mudah. Search je dlm Facebook, banyak je group hiking sekarang dan event hiking yang diorang create. Ada yang event tu tertutup tapi ada jugak yang open to semua org. Bagi aku, masa ni la nak buat kawan. Join diorg but again reminder, safety is the priority. Papepun, start hiking tu dengan bukit/ gunung yang rendah seperti Broga utk tahu limit body kita then baru go to next level. (macam main game jugak). Penting untuk kita mengikut aktiviti mendaki dgn kumpulan atau ketua yg berpengalaman dan berkemahiran supaya mereka dapat membimbing dan membantu anda semasa pendakian. Jadinya pilihan di tangan anda. Boleh tanya pada yg pakar dlm FB tu. Ramai yang akan membantu. InsyaAllah. 


Ahli kumpulan yang terdiri daripada gabungan pendaki yang berpengalaman

4. Tinggalkan pesanan pada kenalan/ ahli keluarga yang terdekat. Tujuannya diorang tahu kita ke mana dan bila kita akan pulang. Bagi masa tenang juga pada mereka untuk sebarang usaha mencari atau RESQUE sekiranya anda xsampai di rumah. Sebarang usaha mencari dan menyelamat ni akan melibatkan banyak pihak dan juga kos. Jangan sesekali buat panggilan emergency jika perkara yang berlaku bukan kerana kecemasan. Bagi trip hiking yang lama, pastikan leader group ada ambil details berkenaan diri dan waris dan dihantar kepada pihak berwajib seperti PDRM dan Pejabat hutan untuk makluman yang kita akan masuk ke hutan untuk sekian tempoh dan akan keluar dari hutan tersebut untuk sekian tempoh. 


Tinggalkan pesanan pada ahli keluarga terdekat sekiranya keluar lama untuk mendaki

5. Hormat alam semulajadi. Bile mendaki ni, sememangnya banyak pantang larangnye. Bukan kita nak kurafat dan syirik untuk tunduk kepada makhluk Allah yang lain tetapi amalkan sikap hormat kepada mereka. Istilahnya umpama kita nak pergi ke rumah orang lain. Ada adab-adab yang kita perlu jaga. Beri salam dan jaga lidah kita adalah perkara yang sering diperingatkan sebelum masuk hutan ni. 1 lagi, elakkan MENERUSKAN PERJALANAN semasa waktu maghrib. Jika tidak ada perkara yang kita ingini boleh berlaku dan pernah berlaku dalam sejarah hiking aku. huhu.. Katanya ada peralihan waktu semasa maghrib ni. Macam mana ye nak tahu waktu mula maghrib di dalam hutan ni? Jawapannya, bile dah start bunyi cengkerik yang bersahut-sahutan pada waktu senja di dalam hutan, itu tandanya kita kena berhenti dalam 20-30 minit sebelum meneruskan perjalanan. Lain dari tu, tgk jam dan kalu dah masuk waktu maghrib, kita berhenti utk laungkan azan dan solat maghrib. Ha' pendaki ni semua selalunya menerapkan philosophy “Bring out what you bring in” “take nothing but pictures, leaves nothing but footprint and waste nothing but your time". Jadinya, sememangnya bile berkawan dengan alam semulajadi ni, kehidupan kita sememangnya akan secara tak langsung akan menjadi lebih disiplin. Itu yang bestnya mendaki ni. (senyum sendiri).



6. Kawasan tidur. Lembah di dalam hutan ni sememangnya menjadi port untuk haiwan liar untuk turun minum air. Jadi jangan pilih kawasan lembah untuk tidur dan keberangkalian besar untuk berjumpa dengan haiwan agresif seperti Pak Belang dan reticulated phython memang sangat mudah. Nak plak kawasan yang berair. Pilih kawasan tidur yang lapang, atas sedikit dari tanah, dan perhatikan dahan-dahan pokok di sekeliling. Jauhkan dari tempat yang dahannya kelihatan rapuh. Elakkan juga tdur berdekatan dengan laluan air sebab risau jika air naik ketika waktu hujan dan juga elakan dari tidur di tempat laluan angin sebab risau keadaan sejuk pada malam hari.  


Salah satu pemasangan hammock yang sebetulnya

7. Berhati - hati dengan air sungai. Bukan nak menakut-nakut dengan sungai tapi air secetek buku lali kaki kita mampu menggerunkan apabila kepala air melanda. Pastikan kita jadi lebih alert apabila mendaki semasa hujan sebab paras air boleh meningkat dan menjadi arus yang sangat deras apabila kepala air ini melanda. Kepala air ni puncanya di hulu air terjun/sungai dan apabila turun ke bawah, arusnya sangat deras dan yang pandai berenang pun tewas. Cara nak perhatikan kepala air ni dah turun ke idak, tengok kepada air yang mengalir turun. Kalu dah start warnanya keruh berserta mengalir bersama daun-daun yang baru gugur, better cepat2 lari dari kawasan sungai tersebut. Kejadian dibadai kepala air ini sememangnya berlaku dalam sekelip mata dan again SAFETY IS THE PRIORITY untuk aktiviti mendaki ini.


Perlu sentiasa memerhatikan keadaan punca air

8. Packing barang dalam beg. Seeloknya packing barang sperti sleeping beg perlu di bungkus dan dimasukkan ke dalam beg untuk elak daripada kena hujan semasa hiking. Gas stove juga perlu disimpan dalam beg. Reasonnya, bile basah, dah jadi satu bebanan pada pendaki disebabkan sleeping beg (basah dan berat) tu xleh guna. Pack barang semua dalam plastik dan baru masukan dalam beg untuk elak daripada kena air hujan. Kalu redah sungai pun selamat sebab barang dalam beg yang kita bawak dah seal dengan plastik. Cadangan, bungkus barang semua dengan plastik sampah hitam baru dimasukan dalam beg hiking.


9. Berjalan/ Bergerak dalam kumpulan. Ini terpakai semasa dalam perjalanan hiking tu atau bangun tidur untuk membuang. Sekurang-kurangnya 3 orang. Dan bergerak tu, pastikan jarak orang depan dan belakang tidak jauh daripada kita. Sekiranya nak membuang dalam hutan semasa perjalanan kita pula, pastikan beg hiking kita diletakkan di tepi jalan besar supaya menandakan bahawa kita masuk ke dalam hutan untuk membuang dan selalunya sweeper (orang terakhir dalam group semasa hiking) dapat mengesan anda ada di dalam sana dan dia akan tunggu anda sehingga anda keluar semula untuk meneruskan perjalanan.


Jalan berkumpulan

Rasanya setakat ari ni, yang ni je tips yang leh di pikirkan dalam pemikiran ni. Tapi xpe, ada je lagi tips pasai mendaki ni, akan di postkan dalam TIPS MENDAKI GUNUNG III ni. Terima kasih kerana membaca.



p/s: Al-fatihah kepada arwah Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat. Semoga damai mu di sana. 



"Mendaki gunung adalah PILIHAN tetapi menuruni gunung adalah satu KEMESTIAN" - piJoL

Comments

Popular Posts