TIPS PENGURUSAN KEWANGAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni dah masuk bulan ke 5, bulan pelaksanaan Good & Service Tax (GST). Tapi masih penuh org di merata kedai. Tanggapan yg merasakan org makin kurang membeli tu meleset. Meh kita ulang kaji skit.
Apa itu CBP?
Cukai juga dikenali sebagai cukai yang dikenakan untuk pelbagai peringkat penggunaan barangan dan perkhidmatan.
Segala makluman berkaitan CBP atau GST boleh dapat diperolehi melalui
link http://gst.customs.gov.my/ms/Pages/default.aspx
Study jgn study sebab semuanya melibatkan pengurusan kewangan kehidupan kita seharian.
Bagaimana nak urus wang kita? Ni ada beberapa tips yang boleh kita amalkan bersama untuk tujuan kesejahteraan kewangan kita.
1- FAHAMI ISTILAH KEWANGAN ITU SENDIRI!
Perkara basic berkaitan kewangan ini adalah penyata kira - kira, penyata aliran tunai, aset dan liabiliti. Penyata kira - kira adalah penyata yang menunjukkan tentang ringkasan kedudukan kewangan. Penyata aliran tunai pulak adalah penyata yang menunjuk kepada pergerakan duit kita. Aset menunjukkan apa yang kita miliki pada sesuatu masa dan liabiliti adalah beban kewangan yang ditanggung oleh kita pada masa tertentu. Bila dah paham basic, baru kita boleh pergi ke next stage iaitu, mengurus. Apabila kita sudah kenal pasti kedudukan aset dan liabiliti dengan teratur dan sempurna, baru boleh kita letakan juga matlamat kewangan kita. Matlamat pertama adalah untuk memastikan nilai bersih anda berada pada tahap positif. Oleh itu, langkah yang perlu kurangkan liabiliti terlebih dahulu. Baru kita tumpukan kepada usaha untuk meningkat nilai aset kita.
2- MULAI URUS WANG KITA!
Mendapatkan wang adalah perkara yang pertama, dan keduanya adalah menguruskannya. Kita tidak akan dapat miliki yang pertama sekiranya kita tidak melaksanakan perkara yang kedua. Sila urus kewangan seperti kita ini seorang C.E.O yang tahu pergerakan kewangan kita dari a hingga z. Buat la penyata kewangan harian kita. Then buat penyata kewangan bulanan pula. Selepas itu buat analisis. Aktiviti perbelanjaan yang tidak menguntungkan dan tidak membantu menyumbang kepada perolehan diri kewangan kita dihentikan dan digantikan dengan perkara yang perlu sahaja.
3- TINGKATKAN PENDAPATAN!
Wang bukan segalanya, tapi segalanya perlukan wang. Itulah berlaku realitinya sekarang. Lihat je dunia sekarang, ramai yang kuat bekerja dan pendapatan tambahan tapi sebaik sahaja dapat wang, mereka buat hutang dengan jumlah yang jauh lebih besar! Ada tiga (3) jenis pendapatan, iaitu pendapatan aktif, pendapatan pelaburan dan pendapatan pasif. Contoh pendapatan aktif datangnya daripada makan gaji, contoh pendapatan pelaburan datangnya daripada pelaburan yang dibuat di ASB, Tabung Haji, saham manakala pendapatan pasif contohnya datang daripada pendapatan sewaan hartanah. Kerja Part time boleh jugak dilakukan. Gunakan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran sedia ada kita.
Today..
People spend MORE money to impress other people on things that they don't need..
But in REALITY..
People spend LESS money for things that they really need.
Comments
Post a Comment