PUNCAK GUNUNG KORBU - GAYONG

Assalamualaikum semua

the team

Akhirnya entry untuk gunung berjaya di upload. Papepun ini intro skit mengenai Puncak Korbu dan puncak Gayong. Korbu adalah hutan simpan di bawah naungan HUtan Sungai Siput, Perak di mana ia merupakan kawasan empangan atau tadahan air bagi penduduk sekitar Ipoh, Perak. Entrance bagi menuju ke puncak kedua - dua gunung ni akan melalui Kem Polis Ulu Kinta yang merupakan kem komando Polis dan ianya merupakan kem polis terbesar dalam negeri Perak. Gunung ini pernah dijadikan markas latihan tentera darat dan Gunung Korbu merupakan puncak gunung ke-2 tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 7110ft (2167 meter).



Pendakian mengambil masa selama 4 hari 3 malam (3 - 6 Feb 2011) dan hiking gunung ni sememangnya terbaik! Pakej trip ni memang lengkap. Ada yang kena berlari, merangkak, mengelongsor dan yang paling best ada yang nangis baru boleh semua semua tu. (Maaf dipinta pada yang berkenaan). Papepun, mission tercapai dengan tertawannya kedua - dua puncak ni, walaupun team kami yang pertama sampai berbanding team yang lain (YE KE??? hihihi) XSANGKA!!!!

 The View

L. O. V. E

Makan time!


Puncak KORBU


Puncak GAYONG

Gunung G7 yang pertama dan kedua yang dh complete. Ada 5 more to go. Semoga Ilmu mengenali alam sentiasa kekal ke akhir hayat.. Hiking mmg superb! =)

Nak tengok gmbar kenangan. 
Leh klik sini Gunung Korbu - Gayong 2011 

"Save nature, save future" - piJoL

Comments

Popular Posts