BULAN MAC 2011 yang penuh dugaan. . . .

Assalamualaikum semua...


Xsempat lak nak post tuk bulan MAc. Tau..tau dah masuk bulan  APRIL.. dah la mission empunya blog ni, minimum 1 bulan, 1 post.. hahaha.. dah terkant0i lak tuk bulan Mac ni.. ish3... xleh Jadi.. KPI tetap KPI.. jadinya tuk bulan ni, terpaksa post 2 kali... ahakz...

Hmmmmmmm.... bulan MAC..banyak perkara nak di share kepada semua ttg perkara yang berlaku pada bulan ini. Ada cite manis, masam, tawar dan xlupa yang pahit pun ada.. Huhu.. Papepun tu semua roda-roda kehidupan. Sebagai lelaki, keberanian perlu ada untuk menghadapi rintangan yang berlaku dalam hidup, berani tegakkan agama, berani menyahut cabaran, berani mengaku salah, berani dalam melakukan keputusan dan senang cite berani dalam segalanya, walaupun kadang-kadang diri ini timbul rasa ketakutan. Kalu isu percintaan ni pulak, kena berani menerima segala macam cinta, berani terima penolakan cinta, dan berani untuk mempertahankan cinta itu sehingga di ikat hidup bersama.. Hahaha... wah-wah sudah pandai berfalsafah lelaki bernama Hafizul ini.. soalan sama, adakah anda di lamun cinta ya Hafizul.. soalan yang sama ditimbulkan pada posting yang lepas.. ermmmm... Jawapan nya tidak dan reasonya tetap sama.. sayang ada taPi cinta agak mustahil. Pantang larang hidup , jgn sesekali merampas hak orang lain kerana lambat laun jika dirampas jua, akan di kembalikan peristiwa yang sama kepada kita, kalu bukan kita sekali pun, maybe kepada keturunan kita. hehe.. Panjang nye Mukadimah ni..xpe, sememangnya banyak perkara yang ingin di luahkan.. 

Ha' rasanya nak mula dengan cerita yang gumbira dulu kut. Sepanjang bulan MAC ni, ada beberapa aktiviti yang dah dijalankan. Bermula dengan pendakian ke BUKIT BROGA. Ada sedih, ada gembira dengan aktiviti ini. haha.. Dalam aktiviti pun ada cite gembira and sedih ka? hantam sajala pijol. yang penting dapat di luahkan.. Ha' mulakan dengan yang gembira dulu. Gembira sebab dapat jugak menjejakkan kaki ke Bukit Broga ni yang dikatakan famous 1 Malaysia. Yahuuuu.... Ha' pergi sana dengan kenalan lama UKM.. Pemandangan sungguh indah.. SubhanALLAH... Segala Pujian Untukmu ya ALLAH... cantik banget view nye.. Bagi saya , Bukit Broga ni sangat sesuai untuk sesiapa yang baru nak blaja mendaki sebelum mendaki Bukit@Gunung yang lain. hehe.. Ha' Masuk bab cite sedih lak.. Hrmmm.. sebenarnya sy mau sgt naik ke puncak bersama rakan baik saya. Kebetulan on that day, dia di tahan wad. Kalu diikutkan hati, sememangya xm0 jejak ke Bukit Broga tu tanpa dia, taPi memandangkan kesuntukan masa free, sy paksa kan diri tu hiking on that day. Terkilan pun ada. Xpela, jika berkesudian, akan diajak dia tuk naik ke BUkit Broga ni.. itu pun kalu dia sudi... hrmmmm... friend is always support friend and tidak sama sesekali betray a friend... Papepun,  mudah-mudahan dia sihat selalu.. huhu.... sedih.....

Lupa kan keJap hal sedih ni sebelum ada cite sedih lagi di kemudian part. Next aktiviti plak, berlangsung pada 19 MAC 2011 (Sabtu). Aktiviti berlaku di Taman Pertanian Shah ALAM iaitu, bersama batch sekolah. XTVT yang dimaksudkan adalah Paintball.. Byr dalam RM100 tapi sememangnya berbaloi-baloi.. Ni 2nd time bermain paintball dengan mcm-mcm jenis permainan paintball di tawarkan. Yang dtg pun bleh la tahan ramai lebih kurang 15 peserta bon85 dan disertai peserta wanita juga. SMAPIAN terbaik!... hehe.. Ha' sempat main 4 games ari tu dan pengalaman mmg xdpat dilupakan dengan menjadi sniper terbaik tuk keseluruhan perlawanan. hahaha... perasan kejap..

Next ialah, sukaneka PTD batch 1/2010. Berlangsung pada 26Mac2011(Sabtu) dengan penyertaan dari Gergasi Merah bersama team2 yang lain. Mula dengan perarakan Gergasi MErah yang poyo dan di teruskan dengan senamrobik. Join Futsal dan yang xtahannya kami la Juara FUtsal edisi kali ini!  hahahaha.. terbaik dari ladang... yaHuuuuuuuu.... kredit to all.. dan pengalaman menjadi defend sepenuh masa mmg trill dengan asakan bertubi-tubi pihak lawan. Papepun, objektif utama untuk beriadah bersama rakan-rakan PTD semua tercapai.. congrate to all! 


ha' ni yang malas nak cite sebenarnya.. masuK part sedih la plak.. huhu.. Hrmmmmm.. cite skit jela kut... dikatakan bulan ini penuh dugaan adalah dtgnya dari dugaan kerja dan juga dugaan personal life.. Kalu bab kerja ni, sememangnya mana-mana tempat pun sememangnya penuh dugaan. KEna ada cara terbaik tuk atasinya. Dan sememangnya kita yang mencari kerja dan bukannya kerja yang mencari kita. Saya tertarik dengan 1 ayat ni '' Janganlah kita menangis kerana kita tiada kasut sehingga kita melihat seseorang itu tiada kaki". Al maksudnya, kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang miliki walhal di luar sana ramai yang mencari kerja. Sangat-sangat ramai kut.. kalu nak rasa lebih bersyukur, pegila mana2 karnival kerjaya dan duduk perhatikan berapa ramai yang dtg nak mencari kerJa dan berapa ramai yang berebut nak memenuhi ruang yang ada semata-mata untk mencari peluang sebagai kerjaya. Jadinya sentiasa lihat bawah dan sentiasalah mengucap Alhamdulillah. Kalu bab personal life ni, mmg sgt2 kusut bile difikirkan.  Muka senyum gembira walaupun hati sentiasa meronta-ronta perlukan seseorang sebagai peneman hidup. Di kala hati memerlukan sebagai tempat berbicara kepada rakan yang dekat di hati, tiba-tiba menghilangkan diri tanpa berita. Dalam meniti kehidupan ini, dimensi waktu dan ruang memainkan peranan yang besar. Bagila masa tuk ketenangan dan ruang di hati untuk menerima, Walaupun ilang tanpa berita, semoga berbahagia dengan pilihan kata hati dan jika kecewa, jangan sesekali dilupakan cinta pertama yang sentiasa berada di hati dan di jiwa yakni ALLAH SWT. KEmbalilah kepadaNYA biar apa yang dihadapi. Berusaha keranaNYA, berdoa kepadaNYA, dan tawakal kepadaNYA dalam apa jua situasi. INSYAALLAH, Dia akan sentiasa melindungi kita. itu Saja buat kali ini... ~~~~~~~

" Sesungguhnya cinta terdiri dari dua kesatuan yang bertemu dan berjabat tangan serta mendorong salah satu di antara keduanya untuk menghampiri yang lain dengan tetap memperhatikan kebebasan mereka berdua"
-Hafizul-



Comments

  1. seronok jgk bc entry en hafizul...ats seronok,smpai bwh sedih jgk la kn.hehe,,dah kuar air mata ni..bila terkenangkn kesungguhan sy tuk mencr kerja..payah kn skrg...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts