Bulan Jun 2011. . . .
Kalau diperhatikan perjalanan bulan Jun 2011 ni, ada beberapa event penting yang dibuat sepanjang hujung minggu. Seperti biasa, 5 hari seminggu diperuntukan untuk berkhidmat untuk Kerajaan Malaysia dan sehari cuti rehat dah diambil untuk bulan Jun ini bertujuan untuk persediaan naik Gunung.. haha.. Ha' untuk hujung minggu pertama bulan Jun 2011 ni, transformasi profession telah berlaku iaitu dari profession makan gaji kepada seorang "housemaid" sepenuh 2 hari. Hahaha.. Rupanya banyak betul kerja hari itu. Licin lantai rumah dibuat. Bermula dari pakej memasak, mengemas rumah, membasuh pakaian, menyusun kasut, membakar sampah, membasuh pinggan mangkuk dan diakhiri dengan lipatan kain. Memang terbaik dan yang xsangkanya, berpeluh badan ni umpama buat larian marathon 50km.. Susah juga nak dapat masa yang betul-betul berkualiti tuk wat husbandry ni dan rasa masa yang ada diguna sebaik mungkin dan sememangnya hasilnya berbaloi-baloi. Apa yang berbaloi pun xtahu.. hhahahaahahahaha...
Hujung Minggu ke-3 ni adalah hujung minggu yang bertujuan menjamah nasi minyak. Banyak lak event wedding yang dihadiri. 1- Azi's Wedding dan 2- Azry's Wedding. Banyak ke 2 wedding ni? hihi.. Ye la bile dah lebih 2 boleh di ketegorikan sebagai banyak.. Huhu.. abaikan.Yang penting, jarak setiap satu wedding ni boleh dikatakan jauh. So, rushing la skit nak kejar each wedding. Bukan apa, takut terlambat... By the way, Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada kedua pasang mempelai ini. Semoga berkekalan ke akhir hayat. Amin.
Ha' ada 1 event yang menarik yang boleh dikongsikan di sini. Event yang dimaksudkan adalah perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik. Perlawanan diantara Malaysia vs Lubnan. Keputusannnya adalah Malaysia menang dengan keputusan 2-1. Chill abis. Ada 2 reasons sebab apa dikatakan best. Pertama, sebab nya masa tu join geng ULTRAS tuk support Malaysia. Dari awal game hingga akhir berdiri sebab duk support team Malaysia ni. Berpeluh pun leh tahan. Xsangka yang geng ULTRAS ni memang support abis. Credit tuk diorang. Kedua nya adalah sebab Malaysia main best. Control bola yang kemas, hantaran tepat dan permainan ala - ala EPL dengan short pass yang terbaik. Kalu dengan gaya main yang ditujukkan nni, rasanya Malaysia leh pergi jauh lagi memandangkan rata-ratak kesebelasan utama adalah pemain muda. Go..go...go... Malaysia. Malaysia Boleh!!!
Minggu terakhir tuk bulan Jun 2011 ini adalah merujuk kepada aktiviti kegemaran masa
kini, iaitu HIKING.. Yahuuuuu... Kali ini, Gunung ke 5 yang di daki adalah Gunung Irau. Trek Gunung Irau ni melalui sempadan negeri Pahang - Perak dan terletak di area Cameron Highland. Bile di sebut Cameron, maka kesejukannya memang terasa sangat. Cuma Gunung Irau ni xde water point. Maknanya, air perlu dipikul dari bawah. Beg berat ari tu bukan sebab equipment hiking, tapi berat ngan air mineral je sebanyak 6 botol besar yang dibawa dari starting point. Yang paling feel kat Gunung Irau ni adalah kenampakan "sun rise" yang di cari-cari di trip sebelum ini .Selepas memanjat-manjat pokok bersama teman yang dikasihi (hihihi) di sekitar, akhirnya ditemui juga punca mentari.
SubhanaALLAH, memang sangat cantik. Hilang rasanya segala kepenatan. Tdo semalam di puncak Ayah Irau dan kalu diberi tahap kepuasan mendaki.Gunung Irau ni kurang menyengat berbanding Gunung sebelum ini. Tahap kesukarannya hanya pada kesusahan mendaki berlantaikan lumut lembut macam cite Lord of the ring. Best memang best, cuma ada yang kurang. Xpela, diharapkan trip Gunung lepas ini memberi 1 experience yang lebih. Gunung - Gunung di MALAYSIA, korang tunggu... nanti aku datang! .. hehe...
Buat penghabisan, walaupun lambat di postkan entry kali ni disebabkan komitmen yang pelbagai, banyak juga peristiwa yang telah berlaku di bulan Jun 2011. Yang di share ni semuanya adalah antara big event yang berlaku. Apa yang pasti, setiap yang berlaku ada hikmah dan sebabnya. Mengenai hal perihal kewangan pula, jangan terlalu memikirkan sangat memandangkan setiap insan di muka bumi ni sememangnya diuji samada dengan cara kemiskinan mahunpun kekayaan sekalipun. 5 tips yang perlu dibuat supaya mengelakkan barah kewangan menular dalam kehidupan kita.
1- Jaga pendapatan kita
2-Melaburlah pada saluran yang betul
3-Hapuskan hutang
4-Kurangkan perbelanjaan
5-Bersyukurla dengan apa yang diperolehi.
Berusaha dan teruslah usaha dan di "endingkan" dengan tawakal. Papepun, pokok pangkalnya datang dari kesihatan jua. Kesihatan perlu di jaga supaya apa yang kita nak buat tak tergendala. Mungkin sebahagian besar daripada kita tidak menyedari bahawa betapa tidak sihatnya pola hidup ketika di tempat kerja. Cuba bayangkan 8 jam mengadap komputer, lima hari lak tu seminggu. Pergi mesyuarat dan makan. Balik lewat ngan badan penat dan terus tido. Ermmmm.. memang xsihat. Kita jarang memikirkan hal-hal yang sederhana tatkala melakukan sibuk melakukan pekerjaan.
1-Keluarga
2-Kesihatan
3-Kewangan
4-Kerjaya
5-Kawan
6-Kerohanian. (paling penting)
Oleh itu, jadikan 6K yang dinyatakan diatas sebagai "priority" dalam kehidupan seharian. Hargailah diri anda kerana sesungguhnya sakit sihat hanya anda sorang saja yang dapat rasai. Selamat beramal dan jumpa lagi di entry mendatang.
"One of the most courageous things you can do is identify yourself, know who you are, what you believe in and where you want to go." - piJoL-
salam..melabur pada saluran yg betul..masalah jugak zaman lani..byk yg syubhah..kalu nak usul satu persatu xleh nk bergerak jwbnya..jadi amik yg betul2 keperluan...refer website dr.zaharuddin.
ReplyDeleteSyukran ya greenmawaddah for the comment. =)
ReplyDelete