Bulan Julai 2011 dalam sejarah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Knok...knok.... ada orang x? hihi... Ish3.. dah lama menyepi lak blog ni. Mana la pegi tuan nye ye..Harap-harap sihat la dia ye.. Kata nak berubah.. Nak berubah ikut timetable tuk post awal bulan.. Macam biasala kan, janji Melayu.. Kalu 1000 cakap, yang betui maybe dalam 2 3 kerat jer .... Sapa makan gula, terasala manisnya... hihihihi... Apapun nak say sorry pada blog ni dan juga pembaca blog ni ye. Walaupun xbernyawa, tapi khidmat tempat meluahkan perasaan tu yang ada kat sini mmg dihargai. Tu sebab rasa bersalah xupdate ikut timing... Hahaha... Xpela, yang penting nak jugak share cerita-cerita yang berlaku pada diriku ini sepanjang bulan JULAI 2011. Bulan ni memang sangat-sangat bermakna. Bukan sebab aku dah kawin, bukan sebab aku dapat beli rumah or bukan sebab aku dapat g mengelilingi dunia tapi bulan ini adalah bulan ULANG TAHUN KELAHIRAN aku yang ke 26Tahun..  


"Uits, rahsiakan la umur tu, X privasi langsung"... Hahahahah... Tula soklan bile ditanya pasai Umur.. Ala, kamon la, umur tu sekadar nombor, bukan nya emas pun nak sorok-sorok.... Yang penting aku tau, aku ni rasa macam masih muda lagi. Bab statement orang kampung tentang angka 26tahun ni, "Im 18years old with 8years old". Ha' x ke rasa muda sangat lagi tu. muda yang bergetah lagi tau... hhihihi...Mak Aih, panjang bebeno intro entry kali ni. Dah la lewat tiga bulan, penyusunan ayat pun dah berubah. Puncanya, manusia ni boleh berubah-ubah mengikut persekitaran. Btui x??. Tapi berubah tang cara penulisan je, hatiku tetap sama..Jangan la risau sangat. Saja nak amik angin lain skit.. Hahaha...Ha' Bulan Julai ni, penuh tui aktiviti nye. 1minggu 1 aktiviti outdoor menjadi KPI diri. Okla, perkongsian cecite bermula pada hujung minggu pertama.

Sepanjang minggu pertama bulan Julai 2011 ni, (macam la banyak sgt hari minggu pertama ni. Tgk kalendar, ada 2 hari je pun. hehe) hujung minggu ku di penuhi dengan peluh. Peluh larian 1 murid 1 sukan. Dah nama tugas. Kena la lari bersama sekolah angkat masing-masing even di hujung minggu sekalipun.. Yang best nak share pasai larian ni, aku ni sampai lewat dan sampai-sampai je, student semua dah stat lari dan padang dah kosong. Apa lagi, mencicit aku mengejar diorang balik ngan tak tahu berapa sebenarnya jarak trek. hehe.. Dah tu, lari punya lari sampai memecut dengan kadar semaksima yg boleh, bukan dapat kejar semua student tu tapi boleh siap potong dan jadi salah sorang peserta yang sampai awai. Hahahaha... tanya nye tanya rupanya trek larian adalah sepanjang 4KM yang mana sepatutnya 1.5KM je. Tapi xpela, yang penting berlari dan masa tu, stamina ok lagi berbanding sekarang ni.. hukhukhuk.. ha' terbatuk - batuk aku sekarang ni.

Ha' next day (Sunday), KITAORG (Berdua la, hehe), menjadi volunteer di Zoo Negara. Memang sangat merindui kenangan lampau dan inilah sebenarnya my soul. ANIMALS ARE THE BEST! hihi... Untuk kali ni, KITAORG memilih untuk menjadi volunteer di Unit Savannah yang mana menempatkan giraffe (sebab partner tu nak sgt pegang giraffe.. hehehe), zebra, camel, sable antalop, rhino dan ostrich. Pengalaman memang best memandangkan dah lama x buat kerja-kerja housekeeping ni. Pastu jumpa balik ngan semua kawan-kawan staf zoo negara yang lama. Memang mengimbau pengalaman silam.


Habis cite minggu pertama. Ha' masuk cite minggu ke-dua. Hujung Minggu ke dua Julai ni, mula balik ngan ekspedisi menawan gunung. Gunung Rajah ini adalah yang ke 6 dalam koleksi.. Trip kali ni amik masa 3 hari 2 malam. Mmg terbaik dari ladang. Semua ada di sini. Ngan pemandangan 360 degree. hehe.. 
Ingat bile ada masa nak datang balik pun ada. Ha' pengalaman nak ke sini pun macam-macam. Papepun, yang penting ekspedisi menawan Gunung Rajah ni boleh dikategorikan sebagai ekspedisi yang penuh dengan pengalaman indah.



Kehidupan sepanjang minggu ke-3 pula lebih kepada kehidupan di rumah. Cuma malam Sabtu tu, dibuatnya event futsal batch Bon85. Hari Ahad, masa digunakan untuk kuar berjalan-jalan bersama siblings di Kota Raya Kuala Lumpur. Pergh, jem xingat. hai, bile dipikirkan lama, entah bile la Kuala Lumpur ni nak ilang sesaknya. Bile hari bekerja, dengan traffic jemnya, time ujung minggu lak, dengan penuh orang nya dan bile time cuti peristiwa lak, dah rasa macam negara asing. Penuh dengan warga.. hahaha... Inilah Kuala Lumpur sebenarnya..


Kaki mengeletar nak naik Gunung lagi. Akhirnya minggu ke-4 ni, g hiking ke Gunung Angsi yang terletak di hutan simpan Ulu bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Nama Gunung ni dah lama dah dengar sejak dari sekolah menengah lagi. Bila dah umur tua ni, baru la berkesempatan nak naik. Xpela, leh wat koleksi Gunung ke -7 yang Berjaya di daki. Cuma yang lain nya trip ni, aku bawak la ngan 2 orang rakan UKM yang beriya-iya nak join dari dulu. Trek Gunung Angsi ni memang dikategori sebagai sederhana dan puncaknya xnampak pape sgt pun. Cuma kisah nak hiking Gunung Angsi ni yang best. Sebabnya, first time di sengat tebuan. Bengkak abis my lips ala-ala Angelina Jolie dah bile di tgk dalam cermin. Hahahaha… Lagi satu, ada satu  check point tu, ada kisah misteri dan bile di tgk kan lokasi tu, memang ada rasa something. Papepun, mana-mana ada je “benda” tu, cuma semua atas kita. Nawaitu kena btui dan jgn sesekali wat perkara xsenonoh. Hai, seram sejuk tengkuk ni bile teringat lalu kawasan tu. Hehehehehe…
 \

Ha’ tanggal 27 Julai 2011, ramai yang mengucap kata  “SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN”. Tersipu-sipu aku dibuatnya. Yang paling best, dapat hadiah dari insan yang rapat di hati. Hadiah yang sangat mahal dan memang dah lama mengidam barang ni.. “Barang apa ye?” Hehe.. biar tuan nye badan ni yang sorang yang tahu.. Thanks a lot my dear.. hehehe… My wish semoga badan ini sihat, dirahmati ALLAH sentiasa dan semoga dengan kehadiran ku di dunia ini mampu membantu diri dan orang sekeliling supaya lebih lebih kenal erti kehidupan di dunia mahupun di alam seterusnya. 



Pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan dah ni. Untuk minggu terakhir bulan Julai ni, persiapan dibuat. Yang penting persiapan diri ni. Hai bile terkenang ngan akitiviti setahun yang lepas, banyak tui kurangnya terutamanya dalam bab agama ni. Harapan semoga dengan munculnya Ramadhan kali ini, amalan diperbanyakkan dan kembali menjalinkan hubungan yang rapat dengan Maha Pencipta yang Esa ini. Menjadi tanggungjawab semua muslimin dan muslimat untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Bulan Ramadhan la yang akan mengajar kita erti kesyukuran tambah- tambah ada dugaan berkaitan makanan kelak. Setiap apa yang kita terima dan lalui dalam kehidupan, perlu diakhiri dengan menadah tangan sebagai tanda kesyukuran. Buat akhirnya, jumpa lagi di entry mendatang. 

 "Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur dan setiap mata terbuka belum bererti ia melihat" - piJoL

Comments

Popular Posts