Bulan Ogos 2011, bulan keceriaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, bertemu lagi kita di entry untuk bulan Ogos 2011 ni. Bulan Ogos 2011 ni memberi perkhabaran gumbira kepada kita sebagai umat Islam di mana bulan Ogos 2011 ini datangnya Bulan Ramadhan bagi tahun 1432 Hijrah dan selaku rakyat Malaysia lak, kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 pada 31 Ogos 2011 kelak. Yang menarik lagi, 1 Ogos dan 1 Ramadhan jatuhnya pada hari Isnin iaitu hari permulaan bekerja. Therefore azam nak wat kerja tu sememangnya membuak-buak. (Ye ke? hehehe...). Dalam satu tahun, Allah S.W.T menciptakan satu bulan istimewa iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan yang benar-benar berbeza dengan bulan lain.
Sesiapapun yang mengisi detik demi detik di bulan Ramadhan dengan perilaku istimewa, nescaya dia akan istimewa pula dari pandangan ALLAH. Syaitan dan Iblis dirantai, dosa-dosa akan terhapus, darjat dinaikkan, setiap doa dikabulkan dan yang paling best, Allah menjanjikan syurga bagi sesiapa yang menggunakan sebaik mungkin setiap detik Bulan Ramadhan ini. Amin ya Rabbal-Al Amin.

Sepanjang bulan Ramadhan ni, kehidupan seharian dipenuhi dengan aktiviti kerohanian. Bermula dari subuh, tengahari, petang hinggalah ke larut malam. Peluang yang diberikan sememangnya di gunakan sebaik-baiknya.
Seperti biasa, aktiviti kehidupan masih diteruskan dan tiada alasan mengatakan tidak atau mengurangkan aktiviti luar sepanjang bulan Ramadahan ini. Bila dah disebut bulan puasa, terdapat dua waktu keceriaan yang diperolehi iaitu waktu berbuka dan waktu hari raya. Banyak btui invitation tuk majlis berbuka di hujung minggu ni. Ha’ ini adalah senarai majlis berbuka puasa yang berjaya dihadiri sepanjang bulan Ogos 2011 ni.
2- Majlis berbuka puasa bersama Persatuan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
3- Majlis berbuka puasa bersama Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya
4- Majlis berbuka puasa bersama Persatuan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Muda
5- Majlis berbuka puasa bersama ALUMNI Kolej Ibu Zain, UKM
6- Majlis berbuka puasa bersama ALUMNI SMAPL (Bon85)
7- Majlis berbuka puasa bersama SMK PP 8(1)
8- Dan paling best ialah MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA FAMILY
Bila tiba Bulan Ramadahan ni, solat tarawih adalah ibadah yang tidak boleh dilepaskan. Cumanya, di awal Ramadhan, makmum memang ramai tapi bila nak dekat penghujung bulan Ramadhan, hanya tinggal skit je yang hadir ke surau dan masjid. Alasan masing-masing, adalah sibuk dengan persiapan raya. Padahal, yang kita perlu kejar adalah 10 malam terakhir bulan Ramadhan yang mana ALLAH menjanjikan malam yang lebih baik dari seribu malam iaitu LAILATULQADAR.
Ha’ nak cite skit perkaitan sedikit mengenai sambutan Bulan Ramadhan dengan sambutan Hari Kemerdekaan 2011 ini. Kemerdekaan sendiri membawa maksud pembebasan dan pembebasan memerlukan jihad. Jihad ini tidak semestinya melibatkan pertumpahan darah semata-mata tapi juga jihad dalam segala aspek dalam menegakkan agama Islam yang tercinta. Bulan Ramadhan turut dikenali sebagai Syairul Jihad yang memberi makna jihad besar-besaran untuk melakukan ibadat sepanjang Bulan Ramadhan ini. Sejarah membuktikan jihad penting dalam memerdekakan setiap elemen yang melibatkan Islam tercinta seperti berlakunya jihad Perang Badar pada 17 Ramadhan dengan 313 tentera jihad melawan 1000 tentera kufar yang bersenjata lengkap dan Islam berjaya dalam peperangan tersebut. Merdeka..merdeka..merdeka… Sama-samalah kita semua menjaga kemakmuran agama dan negara tercinta kita.

Jumpa lagi di entry mendatang..
ogos? aduh..pending truk sngt ni tuan. huhuhu
ReplyDeletehahaha... tu la pasai... asyik lupa je nak post entry nya... =)
ReplyDelete