Bulan November 2011, bulan produktif...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Minggu ni mmg sibuk ngan macam-macam aktiviti.. Tapi blog kena gak update. Dah la terdelay banyak kali entry dah ni.. Tahun 2012 dah masuk tapi entry masih di tahun 2011. Puncanya xlain xbukan adalah duk lengah-lengahkan masa. Hihihihihihihhiihihi… ish3… PiJoL2… OkLa, malas nak membebel banyak sangat, entry kali adalah khas tuk aktiviti sepanjang bulan November 2011.

Sepanjang bulan November ni, kurang aktiviti yang melibatkan personal time. Huhu.. Ha’ tuk first week bulan November 2011 ni, adalah masa bersama family di kampung. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha semua. Setelah sekian lama xbercuti, kali ni cuti digunakan sebaiknya tuk beraya bersama semua ahli family. Meriah coz leh gathering ngan parent and semua adik beradik. Kalu bab makan lak, memang haven coz duk rumah. Semuanya ada. Pe lagi, musim menyihatkan perut la… Hahahahaha.. 

 
Owh, minggu ke-dua November ni lak, pe lagi aktiviti hiking la plak. Ha’ kali ni x g hiking gunung, cuma g hiking bukit ala-ala gunung. Bukit Kutu, Kuala Kubu Baru, Selangor menjadi puncak seterusnya yang berjaya ditawan. Bukit Kutu ni boleh dikategorikan sebagai Gunung sebab puncak nya adalah setinggi 1053meter dari aras laut. View nya memang terbaik. Hiking kali ni menjanjikan view yang superb dan kawasan tiruk yang terbaik! Kami bertiga (fazi dan ayu) g daki Bukit Kutu ni diawal pagi dan balik malam. Secara keseluruhannya, Bukit Kutu ni sesuai dibuat lokasi training tuk mendaki dan dah penat mendaki tu, adanya port tuk melepaskan penat lelah di air terjun nya yang chill dan menyenangkan jiwa.. Best wooooo......


Bergambar di castle lama di Puncak Bukit Kutu

Hujung Minggu ke-3 bulan November 2011 ni diteruskan dengan acara pendakian Gunung lagi. Kali ni, Gunung tertinggi di negeri Selangor iaitu Gunung Nuang, Ulu Langat yang dipilih menjadikan koleksi gunung ke-10 yang berjaya ditawan bagi tahun 2011. Memilih utk pendakian daypack dan pengalamannya memang terbaik coz pendakian ni memerlukan endurance yang lebih. Tambahan pula, musim hujan lak dan sepanjang-panjang perjalanan memang bermain ngan selut. Huhu. Setinggi 4898ft, trip ari tu yang seramai 35 orang, yang berjaya ke puncak adalah seramai 5 orng jer dan bersyukur tergolong dlm kelompok 5 ni. View nya kurang jelas coz kabus yang tebal dan sejuknya memang xingat. Papepun, Gunung Nuang yang dikatakan mencabar sememanya diakui mencabar. Sebabnya pakej yang ada di sini lengkap. Ada merangkak, bermain dengan selut, memacak dan paling xlupa trek ala-ala berada dalam filem Lord Of The Ring.. hihihi… Awesome!  

Berjaya sampai ke puncak



Ha’ lupa lak, Ahad minggu ke-3 November 2011 ni, sempat g 2 wedding serentak yang lokasinya berlaku di Kuala Selangor. Wedding my housemate, Yaz dan satu lagi wedding kawan sekolah lama, CT Zalaila. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia seumur hidup. Bile tengokkan diorang ni kawin, tetiba lak rasa terpanggil tuk kawin.. hehehe Al-maklumla, umur pun dah meningkat. Cuma kadang-kadang  terpikir, mampu ke diri ini melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga? berat tu tanggungjawabnya. Hai, tepuk dada tanyala selera. Moga-moga ALLAH permudahkan diri ini ke jalan yang benar.. Amin….


Minggu Terakhir bulan November 2011 sebelum masuk bulan penghujung tahun 2011 adalah minggu yang dipenuhi dengan warna warni perjalanan kerja. Bermula dari Port Dickson ke Melaka dan seterunya ke Ipoh, Perak dan berakhir semula ke Home Sweet Home, Bangi, Selangor. Semuanya adalah kerana amanah yang perlu dipikul sebagai penjawat awam. Kerja perlulah sentiasa di mulakan dengan nawaitu yang betul supaya keberkatan dapat diperolehi. Kadang-kadang perlu ada jugak pengorbanan  bagi merealisasikan kerjaya kita terus berkembang. Tidak semestinya apa yang kita rasa, apa kerja kita mahukan, apa yang kita rancang dan impikan menjadi kenyataan. Kita hanya salah sorang dari berbilion manusia yang tidak dapat merealisasikan impian. Cuma jangan lak jadikan kegagalan impian satu halangan. Selagi mata kita ni berkelip, selagi jantung kita ni berdegup dan selagi otak kita ni mampu berfikir, kita masih berpeluang tuk kejar impian kita. Kerja yang diamanahkan kepada kita pada hari ni, buatlah dengan sehabis baik. Tingkatkan kualiti kerja agar prestasi diri seterusnya kehidupan lebih mantap, berkualiti dan terjamin. 



Buat penghujungnya, Bulan November 2011 telah ditinggalkan dengan memberi 1 lagi kenangan dan pengalaman hidup yang mampu membuatkan kita tersenyum di masa mendatang. Segala kesilapan diperbaiki dan dijadikan pengajaran, kelemahan dijadikan motivasi penguat semangat, kejayaan sebagai pengukur kemampuan diri dan kemudiannya dirangkumkan semua menjadikan hari esok adalah lebih baik dari hari ini. Semoga jumpa lagi di entry penghujung tahun kelak yang bakal  disajikan dengan segala rumusan perjalanan kehidupan insan bergelar PiJoL  ini sepanjang 2011. Adios!

“Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan “ piJoL

Comments

Popular Posts