BuLan September 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Jumpa lagi di entry untuk bulan September ni. Hai, asyik terlewat je nak post entry

Ha’ macam biasa, dimulakan dengan aktiviti hujung minggu pertama. Sepanjang minggu pertama ni, aktiviti adalah tertumpu di kampong Jeli, Kelantan memandangkan masa ni sambungan cuti raya Aidilfitri. Wah, bile balik kampung je, perut pun secara automatiknya penuh dengan makanan yang meriah. Makanan lak yang ada macam-macam. Itu la indahnya duk Malaysia ni berbanding negara lain da. Time ni la nak makan rendang, mee sup, laksa, sate dan banyak lagi. Bertuah sungguh my perut ni. Papepun thanks for my mum and dad coz sediakan banyak sgt sehinggakan kekenyangan yang amat. Bile balik di Bangi nanti, xde la nak makan  ni semua ni. Bukan xde makanan tu semua kat Bangi, cuma kalu nak makan kena la kuar fulus dari poket… Hahaha..



Minggu kedua bulan  September ni dipenuhi dengan aktiviti peJabat. Kerja, kerja, dan terus bekerja. Bile diberi amanah, kita kena laksanakan dengan bersungguh – sungguh. Jangan sesekali kita merungut. Itulah kata – kata seorang ustaz di sekolah lama yang dipegang dari dulu hingga sekarang. Ha’ yang lainnya minggu ni, adanya KEM KESIHATAN SEKOLAH PUTRAJAYA diadakan di Kem Lembah Pangsun, Ulu Yam, Selangor  yang mana dilantik sebagai Ketua Fasilitator. Bestnya tempat ni, adanya air terjun yang mengalir dengan air nya sejuk xingat. Hihi..  Secara keseluruhannya, hujung minggu ni pun kena kerja memandangkan minggu ni adalah minggu selepas cuti raya. Kerja banyak tapi hati tetap gumbira nak berkerja.


Minggu ke tiga Bulan September menjelma. Aktiviti kali ini menumpukan aktiviti di kawasan urban. Kami ke Bandaraya Kuala Lumpur. Buat pe je di KL ni?? Hehe.. Kami shopping sakan.. hahahahhaha.. Apa je yang dibeli?? Ish, banyak. Kami beli rumah, kereta , TV dan laptop. Betui ka?? Kaya nye hang. Huhu…  Xla, kami beli barang keperluan jer. Mana la ada fulus secepuk gitu nak beli semua. Ish..ish..ish… Hehhehehee… ha’ itu sedikit dialog bersama rakan dirumah yang leh cite serba sedikit aktiviti kami di KL pada hujung minggu ke 3 Bulan September. 



Pejam celik, pejam celik, dah masuk minggu terakhir bulan September ni, bulan selepas Hari Raya Aidilfitri. Pattern nya, ramai kan buat open house waktu – waktu akhir ni. Sambil menziarahi rakan-rakan, makan menjadi misi utama. Hehehehe… Rakyat Malaysia ni memang suka makan. Ha’ bile dah setel makan, udah sampai masanya untuk bersukan. Jadinya, setelah duk makan jer sebulan lebih ni, jum g hiking la pulak. Macam biasa, port latihan biasa adalah Gunung Datuk. Kami berdua bertolak awai dan bersarapan di pekan Rembau. Yang xbest masa tu, kesihatan xmengizinkan sangat. Hidung asyik mengalirkan air paip jer. Papepun, ekspedisi pendakian tetap diteruskan. Hujan rintis2 mengiringi kami. Romantis la plak rasanya. Hahahahaha.. Sampai di puncak, kabus je penuh. Misi mendaki sudah tercapai walaupun view kurang jelas. Balik dari pendakian ni plak, kami singgah di gerai cendol Wak Senan di Seremban.




Bulan September 2011 melabuhkan tirainya. Ada masa lapang dan ada masanya sibuk. Walaupun sesibuk mana pun kita, kesihatan perlu dijaga. Bab kata orang kampung, "healthy mind live in healthy body"
Itu saja buat entry bulan September 2011 ini..

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan."-piJoL

Comments

Popular Posts