ALHAMDULILLAH.. MEMORI 2012

Assalamualaikum..


ALHAMDULILLAH. Sujud syukurku pada YANG ESA..

Kejap je masa berlalu pergi. Tau-tau je, aku dah jadi bapa. Ready kah diri ini? Yang pasti, ready atau tak, kena la terima qada' & qadar yang insan bernama Hafizul telah menerima amanah selaku pemimpin kepada kelahiran baby girl yang diberi nama HUMAIRA BINTI HAFIZUL.


Alhamdulillah dan sujud syukur sekali lagi. Terima kasih kepada wife, NORHIDAYU BINTI AHMAD selepas berhempas pulas untuk melahirkan Humaira di labor room Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pagi Sabtu 15 Jun 2013 lepas. Love you soo much!.. 

Entry lepas banyak cite pasai peristiwa yang berlaku pada tahun 2011. Kali ni nak share plak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2012. 





Banyak peristiwa penting yang berlaku dalam tahun 2012 ni dari awal tahun hingga ke hujung tahun yang melibatkan transformasi kehidupan. Peristiwa ni banyak mengubah kehidupan iaitu dari hidup sebagai teruna kepada kehidupan berpasangan dan juga melibatkan perjalanan kerjaya. Sememangnya  banyak kejutan dan dan aku rasa seronok sangat.






https://www.facebook.com/hafizul.ismail/media_setset=a.2853270530583.37045631.1224122265&type=3


Ha' itu cite bab hiking. Alhamdulillah, untuk tahun 2012 ni, transformasi diri iaitu dari hidup bujang kepada hidup berteman berlaku. Haha..


Pada 1 Mei 2012, majlis pertunangan berlangsung dan pada 22 Ogos 2012 aku sudah SAH menjadi seorang suami kepada isteri, NORHIDAYU BINTI AHMAD. Majlis perkahwinan dibuat secara sederhana tetapi MERIAH. Majlis angkat nikah sebelah pengantin perempuan dibuat di Masjid Tokku, Kampung Seberang Baroh, Kuala Terengganu dan selang 2 hari lepas tu, majlis perkahwinan sebelah lelaki di Beris Kubor Besar, Bachok, Kelantan. 


Niat untuk berumah tangga akhirnya tercapai walaupun perancangan dibuat dalam masa yang singkat. Syukur pada yang ESA. Terima kasih tak terhingga di ucapkan kepada ahli keluarga dari kedua-dua pihak pengantin terutama ma dan ayah yang banyak membantu. 




Hanya Allah sahaja yang mampu membalas rahmat dan budi kalian semua dan semoga di murahi rezki sokmo. Amin ya rabbal al amin.


Dalam tempoh usia perkahwinan sebulan lebih, surat penggilan tugas untuk mengikuti kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) yang mewajibkan semua PTD hadir bagi melengkapkan syarat wajib sah jawatan diperolehi. Hati bercampur girang + sedih untuk ke DPA ni.



Gembira sebab bakal mengalami pengalaman yang best sepanjang DPA ni (blaja banyak benda dan kenal ramai kawan)  tapi yang sedihnya terpaksa tinggalkan wife sorang-sorang sepanjang 6 bulan 12 hari bermula 1 Oktober 2012 hingga 12 April 2013. Cite bab DPA ni jugak akan di cite panjang lebar dalam entry khas nanti. hihi. Tapi yang menarik tuk DPA ni, masa 1st day lapor diri di INTAN wilayah Timur, Kemaman, Terengganu, dapat tahu yang pregnancy test wife adalah +ve. Alhamdulillah. Yang terpikir satu je dlm kepala, kesian pada my wife yang akan lalui 1st trimester of pregnancy months tanpa aku.. huuhuhu.. 


Itu la serba sedikit big stories yang berlaku sepanjang tahun 2012. Banyak kejadian gumbira yang berlaku. Again, Alhamdulillah.. Apa yang penting, kita yang mewarnakan pemandangan untuk perjalanan kita. Indah atau buruk hidup kita tu adalah diri kita. Penilaian hidup yang baik adalah berasal dari pengalaman dan pengalaman adalah berasal dari penilaian yang berpanjangan. Jumpa di entry mendatang. Assalamualaikum dan salam sejahtera..






"Esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok"-piJoL



Comments

Popular Posts