COME BACK, IM BACK??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya setelah mengharungi dua tahun yang penuh dengan pelbagai jendela kehidupan, berpeluang jugak aku mengarang tuk tiap-tiap bulan. Dah lama dah terperap pengalaman kehidupan tak seberapa aku ni tuk di share pada semua. Harapnya hasil nukilan blog ni nanti akan menjadi perkongsian yang berguna pada aku dan semua di luar sana. Perkara yang baik kita amalkan dan perkara yang buruk, kita tegur-tegurkan dan dijadikan sempadan supaya kehidupan menjadi lebih baik dari hari ke hari mendatang.





  



















Ermm... Bila diperhatikan pada entry yang lepas-lepas, rasanya nak sambung cite start tahun 2011 onwards. tapi citenya maybe ingat-ingat lupa. Memang sgt memerlukan bantuan beberapa foto yang penah diambik dulu. Sebab dan musababnya, 1 gambar je dah boleh menceritakan 1001 kisah.


Rasanya nak mula dengan sorotan apa yang berlaku pada tahun 2011. Sepanjang 2011, kebanyakan kehidupan dipenuhi dengan aktiviti outdoors. Ye la, dah nama bujang time tu. Banyak yang plan, dan banyak jugak yang menjadi. Terutamanya dalam bab naik-naik gunung ni. Rindu la plak nak gunung ni. Dah lama dah x hiking ni. Rasanya ada 12 gunung yang telah berjaya di tawan sepanjang tahun 2011. Tempat melawat lak ada 2 3 je coz pada tahun 2011 ni lebih berfokuskan kepada gunung. Gila gunung la katakan. Tahun 2012 rasanya ada 1 gunung je yang berjaya di tawan iaitu Gunung Tahan pada bulan Mac 2012. Semuanya before kahwin.  Ni senarai gunung & bukit yang berjaya di tawan sepanjang tahun 2011.



1-Gunung Korbu, Perak
2-Gunung Gayong, Perak
3-Gunung Datuk, Negeri Sembilan
4-Gunung Angsi, Negeri Sembilan
5-Gunung Irau, Pahang
6-Gunung Liang Timur, Perak
7-Gunung Liang Barat, Perak
8-Gunung Nuang, Selangor
9-Gunung Rajah, Pahang
10-Gunung Yong Belar, Perak
11-Gunung Bubu, Perak
12-Gunung Berinchang, Pahang
13-Bukit Broga, Selangor
14-Bukit Kutu, Selangor




Semua pendakian yang dibuat ni adalah hasil daripada pelbagai trip yang dibuat oleh pelbagai team hiking di Malaysia. Sememangnya mereka semua otai-otai gunung. Setiap group memang ada identiti masing-masing. Seronok kenal mereka semua dan yang paling penting bleh menambah koleksi kawan di muka bumi ni.. hahaha..


Sepanjang tahun 2011, ada la juga dua tiga tempat yang menarik yang aku g lawati di dalam negara coz polisi aku dari dulu nak setelkan tempat menarik dalam negara dulu before ke luar negara. Antara lokasi menarik tu : -





















      






1- Taman Wetland, Dengkil 
Tempat ni menarik coz ada daya tarikan haiwan kegemaran aku iaitu buaya. Lagi satu, tempat ni besar dan tenang tanpa ramai orang. Memang lokasi yang sesuai untuk merehatkan minda dan fikiran yang berseramuk






   


















2) Taman Santuari Gajah, Kuala Gandah, Pahang
Tempat ni memang menarik sebab sekali lagi menepati jiwa aku yang sukakan pada alam semulajadi. Sini leh tgk persembahan gajah, bagi makan pada gajah, menunggang gajah, mandi bersama gajah.


Akhir kalam, sememangnya tahun 2011 ni merupakan tahun terakhir kehidupan sebagai seorang jejaka bujang. Banyak kenangan yang rasanya di perolehi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. KPI nak dapatakan seorang calon tuk tahun tu pun BERJAYA.. Yahuuu! Segalanya selamat tuk tahun 2012 yang mana aku dah ada teman halal sehidup semati akhirnya. Okla, apa yang penting, aku dah start boleh menulis semula.. Semoga jgn jadi panas-panas tahi ayam udahler.. hihi


Wassalam..


" Hidup umpama bateri. Ada masanya akan habis juga tenaga yang dibekalkannya" - piJoL


Comments

Popular Posts