JALAN-JALAN: Big Bad Wolf 2013

Assalamualaikum.

Bismillah.


Pada 6 Disember 2013 yang lepas, telah berlangsungnya Pesta Buku yang menjadi kegilaan ramai iaitu Big Bad Wolf 2013 di Mines Convention Center (MIECC) @The Mines. Kali ini, aku berkesempatan bersama family tuk ke sana pada hari 1st lagi memandangkan wife aku inform yang buku banyak habis pada penghujung Karnival. Big Bad Wolf 2013 ini berlangsung dari 6 Disember 2013 sehingga 15 Disember 2013 dan dibuka 24Jam. Kagum aku sebab masa dibuka adalah 24Jam. haha

Suasana di area buku untuk kanak-kanak

Orang berpusu-pusu memilih buku

Buku masih tersusun molek

Sapa beli lebih RM300 per resit boleh la main wheel of fortune tu. 

Ok, ni 1st time aku dtg Big Bad Wolf dan target utama aku tuk datang sini adalah tuk beli buku tuk Humaira. Kami bertolak ke sana lepas waktu bekerja iaitu jam 8.00 malam. Setibanya kami di sana, memang banyak buku yang belum terusik dan pengunjung pun x ramai lagi. Harga buku memang TERBAIK sebab murah. Yang aku ckp murah sebab kebanyakan buku adalah imported dan dijual dalam harga yang sgt murah. Bayangkan harga pasaran di oversea dalam 40 dollar dan kat sini leh dapat dalam RM8.00 jer. Memang jauh beza. Lagi satu, aku suka kualiti buku yang dijual disini. Kebanyakannya kulit keras dan berkualiti tinggi. Senang citer puas hati membeli kat sini. 

Humaira memang suka buku

Humaira senyum sokmo

Setelah 2 jam mencari buku yang hendak dibeli, kitaorg bayar dan pulang. Kami pulang awai sebab penat bekerja x hilang lagi. Tapi buku apa yang hendak dibeli tu, kami dapat dan kami pulang dengan kepuasan yang amat. 

Sedikit tips untuk ke Big Bad Wolf akan datang

1) Cuba datang pada hari pertama, sebab nya buku masih banyak dan pengunjung pun kurang sebab Malaysian ni suka wat kerja last2 minit.. hihi

2) Korang leh mintak kotak di area pintu depan sebagai tempat korang letak buku-buku yang hendak dibeli. Tapi aku tgk, ramai jugak yang bawak beg sendiri tuk membeli dan siap ada yang bawak beg tarik. Terpulang pada masing-masing. 

3) Ada satu lokasi tuk korang pilih buku-buku yang dibeli. Korang amik je buku-buku yang mana korang minat dan leh asingkan buku-buku yang hendak dibeli sahaja di lokasi yang diberikan. 

Bersama family

Sempat lagi nak bergambar

Hasil tangkapan yang total dalam RM100

Usaha-usaha penjualan buku ni perlu diteruskan dengan cara ni la, dapat dipupuk budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia dan mungkin boleh diperluaskan ke seluruh negeri pulak ke lepas ni. Jumpa lagi di entry mendatang. Assalamualaikum..

"Kepuasan terletak pada usaha bukannya kejayaan" -piJoL



Comments

Popular Posts