JALAN-JALAN : Family day di Sunway Lagoon

Bismillah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hujung minggu hari Ahad 20 Oktober 2013, Family Day UEM diadakan di Sunway Lagoon. Yeaaah, tempat yang memang aku nak pergi since dari sekolah rendah lagi. Teringat time kecik-kecik dulu, bila tgk TV pasai iklan Sunway Lagoon ni, memang terliur nak pegi sana. Yela, dulu duk kampung, apa yang tgk dlm TV tu semuanya best.

Harga per entry Sunway Lagoon - Gunakan IC anda sebaik-baiknya

Cuma jalan-jalan ke Sunway Lagoon kali ni memang xsempat nak mandi sebab Humaira kena demam campak. Jadinya, fokus utama pergi ke sana adalah untuk berjalan-jalan bukannya pergi mandi-manda. Nasib tak payah bayar fee nak masuk, kalu x memang rugi kalau x main apa yang ada dalam Sunway Lagoon tu. Bagus jugak company UEM ni buatkan hari keluarga staf diorg kat Sunway Lagoon ni. Kalu x dibuat kat sini, memang x merasa aku masuk tempat macam ni. Nak g sorang memang x la kan. 



Awal pagi lagi aku dah bertolak dengan wife dan Humaira. Tau-tau je ari tu clash dengan event maraton "King of the road". Banyak la plak jalan tutup dan kami terpaksa berpusing-pusing nak cari jalan masuk Sunway Lagoon ni. Selepas sejam duk tawaf PJ, akhirnya dapat jugak kami parking dekat ngan Sunway Lagoon ni. Luckily, parking hari tu cuma kena RM3 sebab parking dalam 4 jam.

Kami di sini masa gambar board ni di ambil

Bile masuk je Sunway Lagoon ni, mak aih ramai tui manusia. Yela, nama pun Family Day, memangla ramai orang. Rupanya memang ramai keluarga UEM. Sampai-sampai je kami pegi breakfast sebab ada kupon yang pihak urus setia bagi. Nasi lemak yang xbest mana tapi syukur sebab sebabkan nasi lemak tu la perut kami penuh.. hihihi.. Lepas makan, Humaira dah start merengek. Maybe sebab dia xsedap bdn sebab baru lepas abis demam. Disebabkan kami xbawak baju tuk mandi-manda dan condition Humaira yang xmengizinkan kami tuk terjun ke dalam kolam air kat sana, kami ke dry area iaitu taman haiwan sebab aku ni memang minat haiwan. haha..

Sekitar suasana di Sunway Lagoon - meriah dan ramai pengunjung
  
Banyak jugak haiwan yang dipamerkan. Haiwan dia pun memang rare macam Mandrill ngan Marmoset. Rugi jugak x sempat nak amik gambar haiwan ni. Kitaorg nye plan tuk pusing satu Sunway Lagoon ni xjadi sebab Humaira dah makin xsedap duduk. Kami kena balik dan g klinik tuk check Humaira. Kesian lak aku tgk Humaira. Lepas je amik lunch (KFC) disediakan oleh UEM, kami pun balik and cari klinik. 

Pack lunch KFC sebelum diagihkan kepada semua family UEM

Abi ngan Ummi Humaira yang senyum lebih.





Walaupun trip ni singkat tapi at least aku puas sebab dapat jugak aku jejakkan kaki ke SUNWAY LAGOON yg menjadi salah satu dream place aku time kecik dulu. Yang paling penting, dtg sini FREE je. Kos kerugian cuma RM3 tuk parking. Next time aku kan dtg balik tapi kalu bleh bawak family di kg dan try semua yg ada terutamanya bab mandi-manda. Jumpa lagi di trip jalan-jalan yang lain. Assalamualaikum..

"Hidup ini umpama ice-cream. Nikmatilah ia sebelum cair" - piJoL

Comments

Popular Posts