JALAN-JALAN: Jom ke Pulau Langkawi (Day 2)

Bismillah..

Assalamualaikum



Hari ke2 di Pulau Langkawi ni memang sangat penuh dan sarat dengan aktiviti. Tapi before kami bertolak ke tapak lawatan kami yang pertama, pada awal pagi aku ngan Fazi ke Jeti semula sebab kena tukar kereta. Alkisahnya, kereta Chery yang kami sewa semalam alami kerosakan yang xleh baiki. Kereta tu auto and gear xleh nak tukar ke gear neutral balik after aku g isi minyak semalam. Kos kerugian minyak yang dah diisi semalam berjumlah RM30. Tau2 je after isi minyak kereta xnak start engine dan gear terus ke gear 1. Finally kami tepon owner keta ni balik then owner tukar pada kereta kembara tuk kami pulang ke homestay. Cuma kami kena tukar balik Kembara tu semula pagi sok ngan kereta lain sebab kereta tu kereta owner nak bawak pekerja. So, pagi hari kedua di Langkawi ni, aku g tukar keta ngan keta baru. Finally kami dpt kereta sewa Myvi baru. Owner kata xyah byr sebab his responsibility tuk tukar keta dan kami cuma byr deposit RM50 je sebab keta tu keta owner lain. X kisahla, yg penting xde kos tambahan coz sebab deposit tu pun aku dpt balik after abis guna keta ni sok.  



Bergambar depan Myvi *lepas tukar dgn Kembara - mata sepet masing-masing. Haha

Tuk, hari kedua ni, aku dah susun siap2 jadual/ perancangan sebabkan ada beberapa aktiviti yg patut buatnya semalam tapi tertunda disebabkan kami tiba lewat d Pulau Langkawi ni. Jadual perancangan nya lebih kurang mcm ni:


1-Naik Kereta kabel
2-Melawat Beras Terbakar
3-Melawat Makan Mahsuri
4-Lunch
5-Kilang Gamat Nusantara
6-Shopping (Pekan Kuah) - Idaman Suri
7-Bergambar di Dataran Helang
8-Tgk final bola - Pahang vs Kelantan di homestay


Aku rasa lokasi yg aku rancang ni semua adalah tempat yg wajib kena pegi kat dalam Pulau Langkawi ni. Memang banyak lokasi menarik, tapi memandangkan kami nye trip ni singkat, ini je yang sempat rasanya.


Tuk ke kereta kabel ni, cabaran utama dia adalah masa. Memandangkan kemasukan ramai pengunjung luar ke Pualu Langkawi ni, aku siap2 brief pada semua ahli family supaya semua akan gerak awai ke lokasi kereta kabel tuk beli tiket dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kami tiba di lokasi kereta kabel jam 9.00am dan terus beli tiket. Kami yg tiba jam 9.00am tu pun kena beratur panjang sebelum dapat naik kereta kabel di tingkat atas dan dapat jejak masuk ke dalam kereta kabel after sejam 1/2 beratur iaitu dalam pukul 11am. Alhamdulillah, cuaca plak memang cerah. Molek sgt naik time ni coz leh tgk view yang awesome! Cuma Ateh ngan Cik x naik sama coz gayat. Pada sapa yg gayat pada kawasan tinggi, aku sarankan xyah la naik coz kawasan ni memang tinggi. Lupa lak nak inform, tiket kereta kabel ni dijual untuk dewasa RM30 tapi yang ada MyKad leh dpt RM15 dan tiket kanak-kanak 3-12 tahun dijual pada harga RM20 dan tunjuk je Mykad dapat diskaun 50%. Waktu operasi kereta kabel ni adalah star jam 9.30am hingga jam 7.00pm. 

 Tiket kami jam 9.15am

 Aktiviti wajib - Bergambo kenangan dulu

Langkawi Kereta Kabel a.k.a Langkawi SkyCab - Penuh dgn manusia


Dah lama dah aku xnaik kereta kabel ni. Last time kalu xsilap masa aku study kat matrik. Tahun 2004 kalu x silap. SubhanALLAH, memang menarik view yg dapat di lihat dalam kereta kabel ni. Satu kereta kabel ni leh naik maximum 6 orang. aku naik sekali ngan wife, Parent, Kak Long dan anak kak Long. haha.. Yang lucunye, tgk kepada gelagat Kak Long dan ma yang takut pada ketinggian. Siap kuar air mata. Tapi bila sampai di puncak, semuanya hilang. Semuanya happy. Banyak gak perubahan compare ngan aku last naik sini dulu. Dulu xde kedai jual aiskrim, sekarang dah ada di puncak. Memang pengalaman yg xdpt dilupai naik kereta kabel ni. Lepas lebih kurang sejam kami di puncak- aktiviti amik gambar semua, kami ready nak turun. Turun tuk cari makanan. Dah lapar sangat dah. hihi. Bile turun, memang ramai betui manusia yang tunggu nak naik kereta kabel. Dari orang beratur beli tiket sampai ke beratur nak naik kereta kabel. Alhamdulillah dapat jugak kami naik kereta kabel ni dan tips tuk semua, memang nak naik kereta kabel ni take time. Makan separuh hari jugak dari beratur sampai ke naik ke puncak. So rancanglah perjalananan anda semua sebelum ke Langkawi ni.

 Our kereta dah sampai - Ready to go

 Masa ni semuanya senyum dalam nervous

 SubhanaALLAH, tinggi dan indahnya view =)

 Kami di puncak. 

 View dari atas

SubhanaALLAH, AWESOME! 



Geng busker wat performance tuk hiburkan pengunjung yg masih beratur masa kitaorg turun 

Then, kami kuar dari lokasi kereta kabel. Opss lupa nak inform, kawasan nak naik kereta kabel ni terdapat di Oriental Village. Menarik tapi kami xsempat nak pusing semua sebab kesuntukan masa. Kami ke lokasi kedua dalam perancangan aku iaitu Beras Terbakar. Xde apa yang menarik sangat di kawasan ini melainkan tempat bersejarah beras terbakar dan kedai-kedai sekeliling yang menjual barangan cenderamata. Aku ke sini fokusnya untuk makan di satu kedai makanan berdekatan iaitu kedai makan ikan bakar yang bagi aku menyediakan lauk yang banyak dan mengikut selera semua. Air lak kat sini xyah bayar. Kami di kawasan Beras Terbakar ni lebih kurang dalam 1/2 jam dan terus g lunch. Harga lunch kat sini affordable dan aku tgk memang byk bas persiaran parking dan trunkan passenger mereka kat sini. Memang puas hati lunch ni. 


 Lokasi lunch kami

 Ikan bakar fresh from dapur

Alhamdulillah, semua dah kenyang


Then after lunch, kami gerak ke lokasi Makam Mahsuri. Perjalanan amik masa lebih kurang 20 minit. Setibanya kami di lokasi makam mahsuri ni, ramai pengunjung yang sampai. Rupanya nak g makan mahsuri ni, kena beli tiket masuk. Lepas berbincang ngan ahli family, kami x jadi nak masuk sebabkan ramai pengunjung beratur. RM7 per head pada dewasa yang nak masuk tgk makam mahsuri. Walaupun xmasuk, kami jejakkan kaki di area sini pun dah ok. Then kami benti solat jamak Zuhur/Asar di masjid berdekatan. Berehat dan sempat mandikan Humaira. 

Dalam jam 2.00 petang, kami ke Kilang ubat gamat Nusantara. Banyak btui product berasaskan gamat ni. Sempat lagi aku ngan my mum g jenguk kat kuali tempat mereka masak gamat. Tanyakan pada pekerja yang masakkan gamat tu- luka ke if kita celupkan jari time minyak gamat tu panas, pekerja tu jawab - panas tetap rasa cuma jari xakan melecur. Owh, kagum sekejap aku ngan minyak gamat ni. After lebih kurang 40minit kami di sini, kami nak ke Pekan Kuah tuk shopping time kali ke-2. Kali ni  kami nak ke Idaman Suri.



 Masing-masing nak beli product gamat

Rombongan pantai timur bergambar


Di Idaman Suri, mana yang x sempat beli mcm beg dan barang-barang dapur semalam, inilah tempatnya. Para wanita memang pakar membeli. hihi. Wife aku siap beli pressure cooker coz katanya murah berbanding dengan harga di semenanjung. Btui ke idak memang aku xtahu coz barang-barang dapur mcm pinggan mangkuk dan periuk belangga ni memang kepakaran wanita. Aku just angguk dan jaga Humaira. Humaira sempat tido atas tilam yang empuk di Idaman Suri tu. Sejam lebih jugak la diorang shopping sakan dalam Idaman Suri ni. 



Then dalam jam 5.00pm, kami bergerak ke Dataran Helang. Cuaca baik mengizinkan kami tuk bergambar kenangan di sini. Dataran Helang merupakan mercu tanda Pualu Langkawi dan ramai pengunjung ke sini tuk bergambar. Sambil-sambil bergambar, kami berehat dan melihat keindahan sekitar jeti Pekan Kuah, Langkawi. SubhanaAllah, kagum aku dengan kebesaran Allah. Indah btui kawasan Langkawi ini. Jam sudah menunjukan jam 6.30pm dan itu tandanya kami kena balik ke Homestay. Malam ni nak tgk final Pahang vs Kelantan lak. Bagi aku, perancangan hari kedua di Langkawi ni berjalan dengan lancar. Yang penting, aku dapat lihat masing-masing berpuas hati dengan perjalanan hari ni berbanding dengan semalam. Mana x nye, berjalan pun sudah, shopping pun setel. Masing-masing dengan hasil tangkapan yang lumayan. Hahaha.. 



 Helang ooo Helang....

 Eh, Mana kepala helang?? hihi

Humaira, look at the camera 

Malam tu, final bola Piala Malaysia. Kelantan tumpas kepada Pahang dengan jaringan 1-0. Game Kelantan x macam biasa diorang main, serba x menjadi. Tapi xpela, adat perlawanan. ada menang, ada jugak yang kalah. Leh cuba lagi tahun depan. Kul 11pm, semua masuk tido. Sok dah nak berangkat awal ke Jeti memandangkan tiket feri kami jam 845pagi. Kena dtg sejam awai dari jam feri berlepas. 

Moral yang aku dapat simpulkan sepanjang hari kedua di Pulau Langkawi ni, perancangan perlu ada sebelum melakukan sesuatu perkara dan pelan back-up kena standby supaya keputusan yang berlaku mengikut apa yang dikehendaki. *Jangan sesekali mudah putus asa dan kena keep positive sokmo* - ayat wife aku. hihi.

"Galilah perigi sebelum kita rasa dahaga yang amat"-piJoL

Travel Blogging Contest by HipMomReport.com and Best Western Premier Dua Sentral - See more at: http://hipmomreport.com/blogging-contest-for-visit-malaysia-2014/#sthash.mQ6mrdnD.dpuf

Comments

Popular Posts