JALAN-JALAN: Jom ke Pulau Langkawi (Day 3)

Bismillah

Assalamualaikum.



Hari ke-3 kami di Pulau Langkawi ni xbanyak nak diceritakan sebab seawal jam 8.45am kami dah berangkat pulang ke tanah besar semenanjung Malaysia. Tapi entry kali ni, nak share jugak perbelanjaan kami seramai 11 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak sepanjang 3 hari di Pulau Langkawi ni. Kalu di ikutkan jumlah masa sebenar kami di Pulau Langkawi ni, boleh dikatakan trip ni cuma amik masa selama 2 hari 1 malam sebab kami sampai lewat dan balik awai dari Pulau langkawi ni. 

Bye-bye Langkawi. Next time kami dtg lagi.

Alhamdulillah pada hari kami nak balik, semuanya bangun awal mungkin supaya tak tertinggal feri. Tapi ada jugak dugaan di pagi hari ni. Satu kereta kami x leh nak start. But luckily, awai pagi after subuh satu trip hantar barang ke Jeti dah dibuat. Therefore, ada la space tuk 2 buah kereta tuk ke Jeti. Kami terpaksa tinggalkan kereta sewa yang rosak tu di homestay dan inform owner keta sewa. Kalau x memang kami x sempat nak naik feri. 


Semua dah nak balik


Aktiviti bergambar wajib sebelum balik

Barang kami bertali pink. Sikit je barang kami


Condition feri yang kondusif

Setibanya kami di Jeti, memang ramai manusia yang balik sama waktu macam kami. Rasanya semua nak balik awai sehari sebab ada masa sehari lagi tuk rehat di rumah. Erm, memang pengajaran pada masa depan kalau nak bercuti jangan pilih time cuti pendek sebab ramai jugak nak bercuti time mcm ni. Alhamdulillah, kali ni kami dapat feri yang menyenangkan. Air cond feri berfungsi baik dan sampai di Jeti Kuala Perlis pun awai. Sampai awai di Jeti x semestinya kami nak pulang awai. Alang-alang dah sampai Perlis ni, kami plan nak ke Padang Besar plak. Lepas je punggah barang semua masuk dalam keta, kami ke Padang Besar, Perlis. Lagipun aku pun lum sampai sini. Perjalanan ke Padang Besar, Perlis ni amik masa lebih kurang dalam 45minit dari Jeti Kuala Perlis. Suasana Padang Besar ni aku tgk lebih kurang suasana di Rantau Panjang, Kelantan. Bezanya cuma loghat. Loghat mereka ni loghat utara. Barang jualan lebih kurang je. 


Big Field, Perlis

Aku x beriya sangat nak pusing Padang Besar tapi yang 1 benda yang aku cari kat sini adalah pulut mangga yang orang kata kena makan when dah sampai Perlis ni. Paling famous pulut mangga Harumanis tapi aku xpasti yang aku order ni mangga Harumanis ke bukan. Yang pasti rasanya manis dan ala-ala rasa pulut ngan durian je.  Leh wa sendiri kat rumah. haha. Kami lepak kat Padang Besar ni lebih kurang 2 jam je. After lunch, semua gerak pulang ke rumah Ateh di Jitra, Kedah. Tamat sudah trip 3 hari 2 malam ke Pulau Langkawi + Padang Besar, Perlis. Harapnya trip macam ni dapat mengeratkan lagi silatulrahim bagi kedua side family aku. Mitos beg beranak bila balik dari Pulau Langkawi memang aku akui. Mana xnya, yang pergi 1 beg balik dengan 2 3 beg dan yang dtg ngan 2 beg balik mesti ngan 3 4 beg.Yang penting, semua orang hepi dan having a WONDERFUL time!.


Pulut mangga yang simple

Ok, sekarang nak share kita bab KEWANGAN plak. 
Kos semua perbelanjaan wajib* xtermasuk shopping (Banting - Pulau Langkawi - Banting)

Banting, Selangor - Jeti Kuala Perlis, Perlis (Fuel) = RM80.00
Banting, Selangor - Jeti Kuala Perlis, Perlis (Tol) = RM75.00
Parking di Jeti Kuala Perlis (3 kereta x RM15 x 3 hari) = RM135.00
Feri (Kuala Perlis, Perlis - Kuah, Langkawi) (11 dewasa x 2 hala x RM18) = RM396.00
(3 Kanak-kanak x 2 hala x RM13) = RM78.00 
WalidHomestay RM200 x 2hari = RM400.00 
Kereta sewa (3 x RM50 x 3 hari) = RM450.00
Minyak kereta (Dalam Pulau Langkawi) = RM60.00 
CableCar = (9 dewasa x RM15) = RM135.00
(3 Kanak-kanak x RM10) =  RM30.00
Makan/ Minum = RM300.00
Jeti Kuala Perlis, Perlis (Fuel) - Banting, Selangor  = RM80.00
Jeti Kuala Perlis, Perlis (Tol) -  Banting, Selangor = RM75.00

Total : RM2294.00

Tapi perbelanjaan ini ada sebahagiannya di support oleh ahli famili kami jugak. Ini kalau plus bab shopping plak, memang cecah RM3000.00 jugak. Again, money cannot buy everything.  Yang penting semua hepi dan hubungan ukhwah antara kami semua jadi semakin kuat.


Sebelum nak setelkan entry pasai Pulau Langkawi ni, nak share jugak beberapa tips yang harapnya leh bantu sesiapa nak g vacation di Pulau Langkawi ni. 

TIPS Bercuti di PULAU LANGKAWI


1) Rancang perjalanan sebelum memulakan percutian dan kena ada plan B kalau plan A x jadi. At least, dengan adanye roughly tentative ni, kita tau ke mana hala tuju kita dan masa percutian di Langkawi ni dipenuhi dengan aktiviti yang menguntungkan.

2) Xyah la bawak banyak beg masuk Pulau Langkawi ni. Mitos beg beranak bile berada di Langkawi ni pasti menjadi realiti. haha

Nelayan baru pulang dari laut

3)  Check keta sewa kita. Pastikan minyak dan meter ok. Kalu x rugi je masa duk repair keta tu dan ada plak cas tambahan. Minyak tu plak, xyah isi sampai penuh. Kalu di ikutkan keluasan Langkawi ngan harga minyak semasa, better isi dalam RM30 je. Tu pun maybe x abis. Xpela, sedeqah skit pada owner keta tu. Amal jariah di kala berbelanja. hihi

4) Booking hotel/ homestay tu dekat ngan lokasi perjalanan kita. Booking biar awai dan kalu bleh pilih la tarikh yang mana bukan tarikh cuti pendek. Memang mahal dan mostly fully book kalu time cuti pendek gini. www.agoda.com mungkin bleh membantu.


5) Tiket feri tu, kalu bleh beli awai. Kalu bleh beli 2 hala terus. Xpun, bila sampai je Jeti Pekan Kuah tu, terus beli. Bukan apa, risau nanti abis tiket masa nak balik kalau beli last2 minit. Again, rancang perjalanan anda. 

6) Bab makan/ minum ni, kalu nak jimat, sewa la homestay yang leh masak-masak. Jimat skit.  Duit yang ada lebih tu leh la wat shopping. haha 



7) Masa ke Cable car tu biaq la awai tuk elakkan kesesakan orang. Beli tiket awai dan kalu bleh naik la pagi sebab selalunya petang mendung dan hujan. View pada waktu siang pun clear bak crystal.  

8) Cuti nak ke Pulau Langkawi ni minimum pun 4 hari 3 malam tuk ronda semua. Kalu g sehari dua tu memang x berbaloi sebab tempat menarik lat pulau ni memang sangat banyak. Pastikan kita tau lokasi menarik kita nak g. Guna je aplikasi GPS dlm smart phone tu macam waze dan google map. Memang sangat membantu.


9) Untuk lebih jimat ke Pulau Langkawi ni, better naik flight if perjalanan dari KL. Jimat masa dan fulus coz expenditure kalu naik kereta ke Jeti kuala Perlis ni memang tinggi (minyak+ tol = RM310). Tapi, tiket flight kita tu biarla tempah awai sebab kadang2 tiket ke Pulau langkawi ni dari KL bleh dapat dalam RM50 (time promo). Jadi raji-rajinla check online tiket flight ya.

10) Kalau nak balik tu, pastikan ikat beg/plastik hasil tangkapan lumayan kita di Pulau Langkawi tu dengan tali berwarna yang sama sebagai tagging yang kita punya. Hari tu, ikat ngan tali pink tuk semua beg/ plastik family aku nye. Nanti bile dah letak dalam feri tu, senang nampak dari jauh yang semua tu barang kita punya. Satu lagi, jangan lupa nak kira brapa beg yang kita punya sebab hasil observation aku, semua bawak kuar plastik color yang sama. Banyak plastik color biru dari Haji Ismail Group dan ada juga plastik dari Idaman Suri.  
Coklat yang sangat familiar dengan Pulau Langkawi

11) Untuk lebih enjoy di Langkawi ni, pergi la dengan family. Bleh merapatkan lagi hubungan. Pergi dengan kawan dan pergi dengan family memang lain skit feel dia. Enjoy dia lain skit. Nak tau apa feel dia, bawak je family dtg sini. Bab kewangan tu, memang kalu dipikir xcukup memang xkan pernah cukup. Rancang awai-awai kalu melibatkan kewangan ni. Masukkan dalam tabung Khas tuk travel setiap sebulan RM100 ke (cadangan). bagi aku, duit memang boleh di cari tapi keluarga mana mau cari. Hargailah mereka selagi kita dan mereka semua ada di muka bumi ni. *pasang lagu sentimental skit.  

Itu sahaja nukilan pasai jalan-jalan: Jom ke Pulau Langkawi. Jumpa lagi di trip mendatang.

"Semalam adalah sejarah, esok adalah misteri dan hari ini adalah kenyataan. Tempuhi la hari-hari mendatang dengan seribu pengalaman yang akan dikenang hingga ke akhir zaman" - piJoL

Travel Blogging Contest by HipMomReport.com and Best Western Premier Dua Sentral - See more at: http://hipmomreport.com/blogging-contest-for-visit-malaysia-2014/#sthash.mQ6mrdnD.dpuf




Comments

Post a Comment

Popular Posts