JALAN-JALAN: Jom ke Pulau Langkawi (Day 1)

Bismillah.

Assalamualaikum.



Pada 2-4 November 2013, segala perancangan aku dan wife untuk bawa our family from Kelantan dan Terengganu ke Pulau Langkawi berjalan dengan lancarnya. Bagi aku, ini kali yang ke-3 aku ke Pulau Langkawi dan bagi wife aku dan family, mereka semua baru 1st time. Trip kali ni kami rancang dlm 2 bulan sebelum dan ini 1st time jugak bawak kedua-dua side family tuk g bercuti sama. InshaaAllah kalau xde aral melintang, vacation mcm ni akan dibuat every year. Lagi pun memang molek g mengenal tempat orang. Bak kata orang kampung aku "jauh perjalanan, luas pemandangan". 



Humaira nyenyak tido dalam seat baru

Kami bertolak dari rumah (area KLIA, Banting, Selangor) seawal jam 4.30am. Target untuk tiba di rumah Ateh a.k.a adik ipar pada jam 9.00a.m. Ayah dan ma pulak bertolak dalam jam 5.30am dari Jeli, Kelantan. Bertolak tima malam gini memang sesuai coz leh drive dalam suhu yang kondusif. Minyak keta isi penuh. RM70 penuh satu tank. Bawak lak relaks dan tiba di rumah Ateh di Jitra, Kedah jam 930am while ayah dan ma lak tiba dalam 10.00a.m. Lepas mandi/ berehat sekejap makan breakfast, kami bertolak ke Jeti tuk ke destinasi utama kami - Pulau Langkawi.

Suasana area depan Jeti

Tiba je di Jeti lebih kurang jam 11.30am, mengucap panjang aku tgk org kat Jeti. X sangka aku seramai -ramai manusia menunggu feri nak ke Pulau Langkawi. Padat dan sesak. Tempat berbumbung yang aku selalu parking bila ke Langkawi ni iaitu belakang Jabatan Pelancongan Negeri Perlis dah penuh. Terpaksa kami folo brader runner parking tuk parking. Last-last parking tepi jalan. Berbayarla kami RM15 sehari x 3 kereta x 3 hari sebab katanya mereka ni ahli majlis Daerah. Aku tgk vest mereka je yg tulis ahli majlis tapi kat resit pembayaran xde lak cop pape. Disebabkan dah lewat sangat dan parking sgt full, aku tawakal je amik bayar parking ngan diorg. Pengajaran yg aku dpt, sebolehnya kalu nak parking tu, kena datang awai pagi supaya dpt yg dekat ngan Jeti. 



Berkumpul di area masjid

After zohor, bergegas ke Jeti semula

Selepas my wife beratur nak beli tiket tu, kami dapat tiket Feri tulis jam 2.00pm. Mak aih, dugaan2. Ni mesti kes ramai orang nak ke Langkawi. Sebabkan lama lagi nk naik feri tu, kami lepak di area masjid yang dekat ngan Jeti tu till solat zuhur. After zohor, kami bergegas ke Jeti. Sampai-sampai je kat tempat menunggu dalam jeti tu, dgr plak announcement kata feri jam 2.00ptg di tunda jam 3.00ptg. Aku agak mesti byk feri rosak ari ni sebab berduyun-duyun org masuk Langkawi ari ni. After 30 minit, 1 lagi announcement pasai delay aku nye feri. Kali ni memang aku panas punggung. Plan tuk aktiviti petang di Langkawi terkubur macam tu je. Ermm.. terpaksa tukar plan B. rugi dah separuh hari kat Jeti ni. Owner homestay dan keta sewa tu pun aku terpaksa call kata amik kunci lewat sebab kami lewat sampai di Langkawi tu. Kesian plak aku tgk Parent, Mentua ngan budak kecik ni. Lama dah diorang tunggu. Dah la x sempat nak lunch. Sabar jela dugaaan ari ni. 



 Padat dengan manusia di dalam kawasan Jeti Kuala Perlis

 Bergambar dulu before naik Feri

Semua happy bila bergambar (dalam hati * bile la feri nak sampai ni)

Akhirnya, lebih kurang jam 3.30pm, feri kesayangan pun muncul. Bergegas semua orang nak masuk feri. Kami ngan lepaknya, biarkan semua orang masuk dulu sebab pikir seat dalam feri semuanya dah di atur sebab ada no. seat kat tiket. Cuma beg pakaian semua kami letak kat luar sebab ruang dlm feri tu sempit. Masuk-masuk je dalam feri, rasa mcm nak masuk dalam sauna. Panas dan berwap. Rupanya aircond feri plak x berfungsi. Sana sini aku dgr suara baby menangis. Tambah satu lagi ujian hari ini. Macam mana la orang dlam ni bile feri bergerak nanti. Jam 4.05pm baru feri bergerak dan still aircond x berfungsi. AKu tgk pintu feri x berkunci dan aku terus lepak kat area luar feri tu. Kat area luar tu barula dapat udara segar. Dan ramai juga yg ikut aku lepak luar. So, kurang la skit orang dlm feri tu dan pengudaraan leh la jadi better skit. 



 Keadaan dalam feri ( time ni aircond kurang berfungsi. Panas wooo...)

Sempat lagi ayah ngan fazi melambai. Ma plak risau coz 1st time naik feri besar macam ni.

Subhanallah, memang indah btui suasana laut yang terbentang luas. Dapat jugak aku tgk nelayan kecil yang baru abis menjala dan brahminy kites (eagle) terbang bebas. Tapi yang aku paling x tahan, feri yang di belakng kami memotong feri kami. Nampak sgt, feri kami ni slow. Tapi xpe, at least leh la jugak layan view laut before sampai ke Pulau Langkawi tu. Finally, after sejam 1/2 perjalanan daripada Jeti Kuala Perlis, kami menjejakkan kaki ke Jeti Kuah, Pulau Langkawi pada jam 5.30pm. Tiba je , kami terus ke area kereta sewa. Plan kami sebabkan dah sampai lewat ni, kami nak g makan dulu then terus g shopping sebab takut x sempat pada keesokkan harinya. Almaklumla, bila shopping di Langkawi ni, rambang mata jadinya dan setakat 2 3 jam memang x sempat.  



 Best tui angin kat area luar ni

 Nelayan baru lepas menjala

Senyum dapat rasa angin kat luar cabin feri

Tiba di lokasi nak amik kereta sewa, kereta yang di bagi pada kami kereta Saga aeroback 2 buah dan sebuah lagi kereta mini chery. Pastu d letakkan harga RM450 tuk ketiga-tiga kereta tu. ~~~~sepi jap aku. Tapi xpela, disebabkan sedara sebelah wife, so kitaorg yekan ajer dan terima kereta seadanya. Memang sadis skit kereta yang diberikan pada kami ni. Papepun yang penting, janji leh bergerak dan selamat. Lepas letak semua barang, kami bergerak mencari makanan dulu. Lapar sangat dah aku ni dan aku rasa semua pun rasa macam yang aku rasa. After makan, kami bertolak ke Homestay tuk anta barang before kuar balik tuk beli coklat-benda wajib kena beli bile ke Langkawi ni. Homestay yang kami booking ni kat area masjid Kg. Yooi dan kepunyaan ayah kawan aku. 3 hari 2 malam dia just RM400. Sangat berbaloi-baloi sebab besar, selesa, dan bersih. Boleh siap masak lagi kat sini. Kalu sapa nak duk homestay ni, leh tgk link blog ni WALIDHOMESTAY. Kalu kakitangan kerajaan, leh dapat diskaun lagi tu. Memang terbaik homestay ni. Leh bagi rating 8/10. 



 Yeahhh... akhirnya sampai juga

Gambar baru turun dari Feri. Jeti Pekan Kuah

WalidHomestay - Lokasi kediaman kami selama 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi

Master Bedroom

 Ruang Tamu Homestay

Dapur - Best coz boleh memasak *jimat skit kos makan kat Pulau Langkawi ni

Tiba di Pekan Kuah jam 8.30pm, kami bergegas masuk ke Haji Ismail Group nye kedai. Sini pun penuh jugak org. Aku tanya pada kaunter kul brapa tutup, mereka jawab jam 10.00pm. Agaknya, ramai yang sampai Langkawi mcm kitaorg ni dan terus g shopping je sebab sok nak berjalan seharian. Yang aku terkejut lagi, stok coklat banyak abis. Memang ramai manusia bercuti di Langkawi cuti Deepavali + Awal Muharram tahun 2013 ni. Parent and family mentua plak shopping beg tarik. Senang cite, semua nya shopping sakan. haha.. 

 Haji Ismail Group time malam (*amik dari tenet coz terlupa snap pada hari kejadian)

Coklat (*amik dari tenet jugak sebab byk coklat dah abis stok mlm tu)

Malam ni je, abis beratus beli Coklat. Bukan apa, ingat ramai kenalan di pejabat sana. hihi. Okla, tamat sudah hari pertama di Langkawi. Macam yang aku ckp kan tadi, memang ari ni separuh hari dah abis tunggu Feri sampai. Moralnya, kalu nak dtg  time org kurang, jangan la dtg time cuti pendek mcm cuti ni. Nak dtg, dtg la time hari biasa atau cuti pnjg macm cuti sekolah ke. Memang penuh sgt org terutamanya yang naik feri tu. Mlm baru aku tau yg feri kitaorg naik petang tadi rupanya feri tambahan. Patutla slow semacam. Dah la air cond x berfungsi. Memang pengalaman. Sok plak cite pasai pengalaman hari ke 2 di Langkawi yang penuh dengan aktiviti berjalan seharian. 


Sebelum tdo, sempat lagi aku termenung dan terpikir la ayat orang putih selalu duk sebut - life is traveled once. Today's MOMENT becomes Tomorrows's Memory. Enjoy every moment, good or bad, because the gift of life is life itself. 


"Kehidupan tanpa dugaan umpama gulai tanpa garam, tawar dan terasa kesedapan"-piJoL

Travel Blogging Contest by HipMomReport.com and Best Western Premier Dua Sentral - See more at: http://hipmomreport.com/blogging-contest-for-visit-malaysia-2014/#sthash.mQ6mrdnD.dpuf

Comments

Popular Posts